Allahuakbar...
Sebaik-baik pujian buat Tuhan sekalian alam, yang telah menemukan kita dengan bulan mulia Ramadhan.
Waktu nak dekat2 bulan puasa hari tu, ada sket rasa takut, takut umur tak sampai bulan puasa kali ni. Alhamdulillah dah beberapa hari dah puasa, alhamdulillah.
So, macam mana puasa anda semua? Ok ke? Ada t'kantoi tak? Atau buat2 kantoi? Oops... Haha...
Puasa saya alhamdulillah ok so far, cuma sket ralat sebab waktu awal Ramadhan dulu, kebanyakan masa dok habis memikirkan result exam yang waktu tu tak keluar lagi... So, tumpuan tu lari. Oh malu kat Allah. Padahal nak mintak result yang elok tu pun kat Dia jugak... Haih kalau dah nama manusia tu memang lupa je...
Oh ye, pasal exam saya story-kan entry lain ye...
Back to Ramadhan, saya nak share sket pasal satu macam event lah yang agak unik kat Kuantan ni. Orang2 Kuantan mesti familiar. Saya dapat tau pasal benda ni waktu tahun pertama belajar & puasa Ramadhan kat Kuantan ni (tahun ni tahun ke-empat Ramadhan kat sini). Masjid Sultan Ahmad Shah, masjid negeri letaknya kat tengah2 bandar Kuantan ni. Depan p'karangan masjid, ada satu padang bola besar. Setiap hari b'puasa Ramadhan, bila sampai waktu b'buka, orang Kuantan ramai2 akan keluar & buka sama2 kat padang besar depan masjid ni. Oh, feel sungguh!
Dua tiga hari lepas saya b'kesempatan bukak puasa ramai2 dengan kawan sekelas kat sana. Sebelah padang tu ada bazar so lepas cari juadah b'buka, ramai2 duduk b'sila atas rumput tunggu azan. Best! Lagi seronok bila tengok ada non-Muslims & foreigners pun yang sama2 menyerikan suasana.
Cantik kan? Feel tak, feel tak? Haha...
Macam mana pulak suasana b'buka kat tempat anda? Ada yang menarik tak?... ;)
Gambar dari blog cloudymonday.
Di Shah Alam sejak dulu lagi dah ada acara gini di padang Shah Alam. Di Padang Merdeka pun pernah buat tapi tak kerap seperti di Shah Alam.
ReplyDeletesuasana berbuka ? berbuka kat tempat kerja.. x cool pun :"(
ReplyDeleteWah meriahnya! tak sabar nak gi Kuantan. Seronok berbuka puasa berbumbungkan langit dan cahaya lampu neon.
ReplyDelete