Sunday, December 22, 2013

Hati-hati pilih travel agency!

Baru semalam post pasal hantar parents & nenek pi umrah, so, pagi tadi bila baca pasal berita jemaah umrah t'sadai ni memang rasa sedih untuk dorg.


Dalam post sebelum ni, ada saya cerita yang sebelum ni mak, ayah & nenek memang ada plan nak buat umrah tapi t'paksa batal last minute. Hah, sebabnya lebih kurang macam dalam cerita berita tu. Cumanya depa tak ada lah sampai t'sadai kat airport macam tu, tu lagi sedih kan, hu3, kesian...

Ni lah antara insiden2 tak best yang takut tau kadang2 bila nak pilih travel agency untuk uruskan hal travel kita ke oversea esp untuk buat ibadah haji ke, umrah ke... Even kalau nak jalan2 holiday pun...

Sememangnya, ni lah antara risiko2 yang t'paksa berani tanggung bila deal dengan travel agencies yang kita tak berapa tau reliable atau pun tak.

Tapi tu lah, dilema dia macam ni. Kita nak travel to this one place kan. So, kita nak appoint travel agency yang boleh bantu urus p'jalanan kita. For sure, kita nak yang murah. Sebab syarikat travel agencies yang established kadang2 harga dia lebih sikit dari yang lain2. Ok lah, fine, kadang2 yang murah tu ada je yang boleh dip'cayai, janji kita kena pandai cari & pilih, tapi kat sini lah mostly, orang2 yang nak ambil kesempatan buat 'business'. Diorg tau public cari yang murah, & then diorg trick the customers, last2, bila sampai masa nak fly tu, lain pulak jadinya.

So, kita kena hati2. Melihatkan pengalaman yang mak, ayah & nenek lalu sebelum ni dah buat saya rasa agak skeptik kalau ada offer dari syarikat2 travel agency yang tak pernah dengar, tiba2 ada je iklan dia kat tepi jalan. Apa yang jadi kat mak, ayah & nenek sebelum ni is bila dah sampai hari yang nak pergi umrah tu, diorg bagitau yang Visa tak dapat lagi. Lepas tu, macam2 lah diorg bagitau, nak postpone tarikh lain lah, nak bayar balik lah. Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun, tarikh baru tak ada & duit yang dah dibayar sebelum ni tak dapat2 balik sampai sekarang. Teruk kan?

So, bagi saya, tak apa, himpun duit lebih sket, appoint travel agency yang established, yang ada good testimoni dari client2 sebelum ni, insyaAllah, apa2 urusan diorg akan settle-kan dengan baik. Memanglah, kat sini, kemampuan kita maybe lain2, tapi tak kisah lah orang tu senang ke bayar charge travel atau dia kena struggle cari duit, bila dah kena tipu, still dua2 rugi kan, still duit tu tak dapat balik kan?... You see my point?

Tulah, apa2 pun, kalau dah t'tulis rezeki seseorg tu, tak kira macam mana pun, dia akan dapat jugak. Mak, ayah & nenek tengah kat Tanah Suci sekarang, buat umrah, seronok diorg. Bila saya tengok betapa seronoknya diorg tu lah, boleh bayangkan macam mana sangat sedih jugak jemaah umrah yang t'sadai macam dalam berita tu...

Minta Allah pelihara kita semua insyaAllah...

Jangan percaya saya macam dalam gambar hiasan kat atas ni. Saya gemuk sekarang, sekian. Haha...

12 comments:

  1. tu lah kesian gak dengan mereka ni, x patut la pihak agency buat camni, nak mengaut keutungan pun agak2 la kan, apa2 pun moga mereka mendapat pahala kerana niat mereka nak melawat tanah suci x kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! InsyaAllah, sebab dah ada niat, disisi Allah, ia tetap dinilai... :)

      Delete
  2. Kesian sgtkan kalo dah kena macam tuh. Sampi hati diaorg. Semoga family hanih selamat disana dan selamat balik ke Malaysia.

    ReplyDelete
  3. yup kita sangat perlu berhati-hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm apa2 hal, sy pegang pada prinsip ni : 50% percaya, 50% tak percaya... Bley pakai tak prinsip ni? hahaha ;)

      Delete
  4. tu lah..kesian kan Hanih bila jadi mcm tu.. niat dah baik nak pegi beribadah tiba2 halangan nya mcm tu pula... kena btl2 pilih travel agency ni... moga dpt dijadikan iktibar buat kita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak Atie, org2 jahat ada kat mana2 je sekarang. Licik ambil kesempatan... Allah jgk yg Maha M'balas...

      Delete
  5. skrg ni org nk pi umrah pun, orang lain nk menipu.. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau dah jahat tu, benda2 suci macam buat haji or umrah pun org ambil kesempatan... Sekarang ni, kes2 wedding planner yg lari last2 minute pun banyak kan... Padahal, tugas nak bantu orang 'bina masjid'... haih... Minta dijauhkan...

      Delete
  6. Kesiannya siapa yg kn tipu cmtu..Hati dah excited nak p buat umarh tapi lastly dpt tau kn tipu. Sedih kot..Habis la duit yg dok kumpul cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Minta kita dijauhkan dr kejahatan manusia mcm ni... Tak baik dorg tu... Imagine satu hari kalau dorg pulak yg kena bila dorg nak buat umrah ke, haji ke kan... Setiap yg kita lakukan tu mesti ada p'balasannya, hu3...

      Delete