Saturday, May 11, 2013

Lagi 5 tahun ye?...

Hampir seminggu dah sejak PRU13 Ahad lepas. Result pun masing2 dah tau. Kerajaan2 negeri pun dah ditubuhkan. 

Sebagaimana sebelum pilihanraya orang sejak awal heboh m'p'katakannya, samalah jugak halnya dengan selepas pilihanraya. Bagi setengah bulan lagi macam tu, senyaplah belaka, haha...

Life goes on.

Bagi yang dah sekian lama dok pi m'undi, maybe pengalaman tu sket sebanyak sama macam sebelum2 ni (yeke?...) . As for me, PRU13 ni was my first experience as a voter, menunaikan tanggungjawab kepada negara, dalam memilih pemimpin yang akan m'jaga negara dalam serba serbi aspek t'utamanya yang melibatkan kebajikan rakyat. Yelah, sebelum2 ni waktu tak boleh m'undi lagi, pung pang pung pang b'hujah sana sini, semua talk je. So, sekarang bila dah boleh m'undi, we walk the talk, kan?...

 
Kepada mereka2 yang also first-timer, let's continue doing it selagi hayat dikandung badan... Cakap pasal politik, semua mengalahkan menteri, tapi jangan bila sampai masa m'undi, malas nak keluar, haih...

So, pengalaman m'undi kali pertama saya, tak ada apa2 kesusahan yang saya alami. Hal2 trivia je, haha, in which, bila saya dah sampai tempat m'undi tu, baru sedar tak bawak kad pengenalan, so, balik rumah & ambik kad. Eh, rupanya kad ada dalam MyVi. Eh, MyVi tak ada kat rumah. So, pusing satu pekan cari MyVi. Oh ada kat pasar. Jumpa ayah, ambik kad, jom pi m'undi! Haha... Saya keluar awal pagi jadi tak sesak & tak lama pun kena b'atur. Tempat saya semua orang tertib2 belaka, so tak ada kecoh2, aman je...

 Lepas pukul 5, mula b'teleku depan TV, nak tau siapa leading siapa menang bla bla bla... Internet connection tak ada so, saya tak percaya bulat2 apa yang keluar kat TV tu. 

Hmm... Pilihanraya sebelum2 ni, kalau saya gembira dengan kemenangan atau sedih dengan kekalahan sesebuah parti politik tu, perasaan tu surface je. Tapi, bila diri sendiri, balik kampung jauh2, keluar m'undi, lepas tu kalah... ya Allah... perasaan sedih tu sangat terasa. Sedih dengan orang2 kampung yang tak sama b'kongsi aspirasi & pemikiran yang sama dengan kita. Sedih dengan orang2 kampung yang senang ditipu bulat2 & masih t'pengaruh dengan berita2 fitnah dan palsu. 

Tak apa... For what's important, semangat untuk m'undi dalam pilihanraya2 akan datang mesti ada, kalau tak sampai bila pun tak menang, kan?

Allah Maha Mengetahui ;)

All in all, life goes on.



4 comments:

  1. Sungguh panjang pengembaraan kamu mencari kad pengenalan..hihi.. :D

    #tahniah dah jalankan tggungjawab sbg pengundi..:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... 5 tahun kejap jer... pejam jelik pejam jelik.. sabar...

    ReplyDelete
  3. ini tidak adil tidak adil bagi kita . ahha

    ReplyDelete
  4. hehehe 5 taun lg yer... tq ke blog KA yer & done follow sini dah..

    ReplyDelete