Friday, April 5, 2013

Budak-budak manja...

Dear Salve & Dawa',

Lama sungguh Uncle tak jenguk kamu. Tu yang Uncle singgah sat tadi. Daddy nak pi dinner ye, tak apa, kamu dah dinner kan? Happy je nampak, haha...


Makin besar kamu ye. Nak jadi macam Uncle ke? Leher Uncle ni dah tak muat masuk kolar baju, kamu pulak nak bagi leher tak muat bow-tie kamu tu? Haha... Tak apa, asalkan comel... Tak macam Uncle ni, besar... tapi... tak comel, haha...


Uncle sembang dengan Daddy kamu tadi. Dia kata dia kesian tengok kamu. Daddy kamu kata dia garang dengan kamu... Oyeke?... Tapi Uncle tak rasa macam tu pun. Yelah, sebab kamu kan memang nakal macam tu, semua benda nak dibuat main hah. Ok lah kalau Daddy garang2 sket kan. Yelah, kalau tak dengar cakap Daddy, cakap siapa lagi kamu nak dengar... Cakap Uncle? Hahaha...


Tadi Salve bukan main kamu melompat naik atas peha Uncle ye. Dawa' memang tak habis2, kuku cekam Uncle jugak yang kamu carik, ish3. Lepas tu bila Daddy suruh Salve duduk, kamu duduk kat peha Uncle, eh eh, pandainyaaa dia! Hah, kan bagus ikut cakap Daddy macam tu. Daddy kamu kata kamu sayang kat Uncle. Eh eh yeke? Uncle tak tau pun... Ok ok, Uncle tau, kamu malu. Haha, Uncle pun malu jugak... Yuck!


Oh, satu malam tu Uncle t'dengar bunyi loceng kamu, macam tengah lari jauh. Rupa2nya kamu main kat luar rumah. Wow, kamu dah berani turun tangga lah! Tak takut dah ye? Baguslah, tak kan nak t'peruk kat aras kita tu je kan, dunia ni luas sangat, haha. Mula2 Uncle ingat Daddy kamu t'lupa bawak masuk ke sebab penat ke apa ke kan terus t'tido, tapi Daddy biarkan je. Tapi bila Uncle ada dengar bunyi b'gaduh Uncle terus keluar, oh, ada Pakcik Gemuk kacau kamu! Uncle dah suspen waktu tu. Terus kejut Daddy kamu. Dia kata dia memang saja letak kamu kat luar, sebab kamu tau jalan balik. Bangga Uncle tengok Salve, pandai jaga diri. Lain kali, kalau ada Pakcik atau Makcik kacau kamu, jangan t'agak2, kamu lawan je. Alaa, lagipun Pakcik & Makcik lain2 tu dah tua, kamu gempak dorg sket, dorg lari lah... Lepas tu, bila kamu dua dah penat main, nak balik rumah, t'kejut Uncle ada kaki kamu t'selit2 kat bawah pintu rumah Uncle, nak capai apa entah tu, haha. Kesiannya, Daddy tidur nyenyak sangat ye? Carik Uncle pulak, haha... Bagus lah Daddy bagi kamu jalan2 kat luar, boleh b'sosial sket, kenal2 pokok semua kan, haha... Jangan main jauh2 ye...


Apa yang kamu nak capai tu Salve? Haha...

Minggu depan Daddy kamu exam. Jangan duduk atas nota dia tau, nanti dia nak baca apa...


Gedik betoi Dawa' dengan Daddy dia...
Ok ye Salve & Dawa', nanti kita jumpa lagi :)

4 comments:

  1. Hahaha...kelakar entri ni. Kucing pun kucinglah.
    Salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...

      Apa yg kelakarnya? Tak sangka ke Salve & Dawa' tu kucing waktu mula2 baca?... haha...

      Yup, salam kenal jugak :)

      Delete
  2. Replies
    1. Untunglah Filani bilik besar bley bela kucin...hu3...

      Delete