Monday, January 7, 2013

AJL27 : Ku akui terukir di bintang...

Selesai sudah Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 27. #AJL27 

Amboih, kat sini pun nak hashtag jugak?haha...

Suka dengan keputusan vokal t'baik & pemenang pertama AJL27...

Vokal t'baik by Hafiz dengan lagu Ku Akui. Lagu ni memang personal favourite sebab layan wo, dengan gesek biola tu lagi, macam boleh buat OST drama Korea, haha... Suara Hafiz pun memang best, tahun lepas kan dia menang jugak kategori ni waktu bawak lagu Awan Nano. 



Waktu sakan update timeline kat Twitter, ada orang gurau, tahun lepas Hafiz menang vokal t'baik sebab pakai seluar track, so, kali ni, pakai dashing2 macam tu boleh menang ke, or kena tukar seluar track jugak, sajaaa! Haha...

Oh, Yuna mesti bangga dengan Aizat. Aizat bawak lagu 'Terukir di bintang' dengan sangat best. Biasa kan orang macam skeptik sket bila penyanyi lain ganti penyanyi asal esp dalam situasi p'tandingan lagu t'baik macam AJL ni, tapi Aizat memang did a great job. Konsep p'sembahan pun best, sweet, tapi sayang, tak menang persembahan t'baik. Sedap Aizat add twist sket dekat lagu tu part yang "...kaaamuuu..." 



Comel comel... Haih, tunggu orang upload kat Youtube, nak tengok sekali lagi...

Malam ni tido dengan lagu T'ukir di bintang, haha...



11 comments:

  1. Bagi aku Aizat bawak x best laa weyh ha3... Tp yg masa last tu plak Best .. Dia siap tukar lirik lagi... " aizat ganti Yuna " . sweet hahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Selamat Pagi
    Singgah umah dia kejap :)

    ReplyDelete
  3. Mungkin sebab kakak tak berseni dan usia dah banyak tak pernah pun mengikuti AJL. Malam tadi ada terlihat tapi satu pun kakak tak pernah dengar lagunya...

    ReplyDelete
  4. x tengok...tapi tahniah diucapkan kepada yang menang

    ReplyDelete
  5. suker lagu yuna ni gak

    salam kenal

    datang dari segmen mak dara

    ReplyDelete
  6. Suka lagu yuna, tp x suka cara nyanyian aizat!

    ReplyDelete
  7. kafe kolej bolat penuhhhh sbb AJL . hahaha . tahniah yuna

    ReplyDelete