Friday, November 16, 2012

Jumaat datang lagi...

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Kuantan (gambar asal oleh Bro. Nalras Murhas)
Jumaat datang lagi, sebagaimana tiap2 minggu dari dulu sampai masa yang ditetapkan nanti. Jumaat ni kan penghulu segala hari atau dalam istilah Arabnya, kita panggil 'Sayyidul Ayyam'.

Bila dah tahun praktikal kat universiti yang suasananya ala2 macam dah dalam alam pekerjaan, kadang2 t'ingat pulak zaman2 kat sekolah asrama dulu.

Saya b'sekolah menengah kat dua negeri yang b'lainan, Perlis dan Kedah.

Waktu kat Perlis, hari Jumaat hari bekerja, kelas pun ada macam hari2 lain, cumanya masa p'belajaran sebelah pagi dipendekkan supaya memudahkan kami2 kaum Muslimin ni untuk b'siap2 ke masjid untuk solat Jumaat. Jarak sekolah dengan masjid dekat sangat, jadi ramai2 ke masjid b'jalan kaki. Kumpul dulu kat dataran p'himpunan & b'gerak sama2. Oleh sebab rumah pun tak jauh mana dari sekolah, hari Jumaat selalu saya tunggu2 sebab boleh balik rumah lepas solat Jumaat, haha.

Waktu sekolah menengah asrama kat Kedah, jarak dengan rumah jauh, kena lalu laut, so, dah tak selalu rasa t'uja nak balik lagi. Lagipun waktu tu dah Tingkatan 4,5, so, tak macho lah kan kalau selalu nak balik, haha (konon!). Jarak dari sekolah ke masjid jauh, jadi kami ramai2 naik bas sekolah atau bas awam yang disewa untuk ke masjid. Lepas solat, ramai2 b'lari, lumba2 untuk b'atur ambik makanan kat dewan makan. Lunch hari Jumaat sedap2 banding dengan hari2 biasa, special lah sket kan, nasik pun nasik yang warna-warni, air pun yang sejuk & manis2, dan waktu tu, benda2 simple macam tu pun dah boleh buat kita rasa sangat2 gembira.

Umur sekarang pulak, Jumaat ditunggu2 sebab it marks the starting of weekend. Lepas sibuk2 waktu weekdays, weekend sangatlah ditunggu2.

Special case untuk saya & kawan2 yang tinggal b'dekatan, Jumaat petang ada pasar malam, yay!

Oh, rindunya zaman sekolah...

All of my heart, tears & prayers go to our brothers & sisters at Ghazzah... 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

8 comments:

  1. hhehehe ssetuju...jumaat hari yg singkat dan gumbira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?...suka gila kalau Jumaat...masuk Ahad je,dah mula lemah2 badan...

      bley tak mcmtu,haha... :p

      Delete
  2. salam jumaat...setuju..
    salam maal hijrah ;D
    dan salam kenal ;D
    follower baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumslm...salam Jumaat jugak untuk awak...salam tahun baru jugak & salam kenal :)

      thanks ye! :)

      Delete
  3. kalau sy plak, hari jumaat lain rasanya... masa semua orang laki g solat jumaat, mesti sunyi jer rasa... tapi hari jumaat memang hari yang mendamaikan, tapi bila dok kat umah sewa sekarang, hari jumaat pon x terasa, sebab bilangan yang ke masjid untuk solat jumaat dengan x sama jer... kalau bangsa lain x pa, tapi melayu n islam... confuse, tapi yang paling best bulan puasa... kalau hari jumaat sapa yang cuti rasa macam best jer ... siap lepak makan kat ruang tamu asalkan ada geng...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju,hari Jumaat memang m'damaikan...rasa mcm ada vibe2 & mood2 positif je kan?... tulah kan,serious sekarang ni,banyak lelaki Islam, Melayu t'utamanya yg remeh2kan solat Jumaat,pernah sekali,saya t'lambat ke masjid,ada hal sekejap kat satu shopping complex kat Kuantan ni... ya Allah,banyaknyaaa yg tak ke masjid tau... taktau apa yg dorg fikir pasal seruan solat Jumaat ni,hmm...

      Delete