Tuesday, October 16, 2012

Oh Bulan!

Sekarang ni, pi mana2, org sebut2 Burger Bakar je, fenomena betoi. & untuk pencinta2 makanan macam saya, tak dapat tak, mesti kena pi 'siasat' bagai, tak sejati lah kalau tak cuba try kan? haha...

So, semalam kawan sebut2 malam ni t'ingin nak makan Burger Bakar. Keluarlah b'tiga, b'jalan ke sana ke mari, dengan satu tempat tutup & satu tempat lagi cuti, tiba2, "Eh, try Bulan nak?..."


Buat pengetahuan, Bulan ni satu kedai makan yg kalau tak silap baru dibuka kat Kuantan ni, ada masakan panas, ada Westerns. Tempat dia memang cool. Deko kedai memang tarik hipsters macam gula tarik semut.

Layan je makan sambil telinga dijamu muzik jazz. Asyik. Nak nak kalau tiba2 ada lagu Yuna, "Oh bulaaannn...lalala..." Comel jugak bila nama wifi dia Matahari. Matahari & Bulan, hah, nampak tak p'mainan dia, haha...

Kedai ni bukan deko semata tau, makanan dia nampak menyelerakan & rasa pun memang sedap! (baru try satu je dah buat general conclusion dah) Puas hatilah, b'baloi dengan harga. Saya makan Steak Burger dengan cendawan & Kopi Bulan. Sedap weyh, patty burger lembut gilaaa! Lebih kurang je lah kan Burger Bakar & Steak Burger, sepupu-sepapat, haha...


Oh, t'gugatlah Lila Wadi lepas ni...Tu je nak cakap, haha...


By the way, thanks to Bad Ghazali sebab memang selalu expose-kan saya dengan benda2 macam ni,haha...


So, siapa2 yang kat Kuantan tu, bolehlah singgah2... Google je direction ke sana ok? ;)






Footnote : Ada date dengan Syahmi Fikri ke Bulan lepas ni, siapa nak ikut?...

6 comments: