Saturday, September 29, 2012

Homesick lah tuuu!...


Saya ingat lagi waktu mula2 masuk sekolah rendah, waktu ayah ibu hantar sampai p'himpunan pertama, waktu mereka tunggu sepanjang p'himpunan & bawa masuk ke kelas untuk subjek pertama.

Saya ingat lagi waktu mula2 masuk asrama waktu sekolah menengah, lepas habis masa seharian untuk bantu saya siap2kan segala hal, beli barang itu ini & waktu b'salam2 sebelum ayah ibu balik rumah lepas semua dah selesai.

Saya ingat lagi waktu kami sekeluarga bersama2 b'siap m'hantar ayah ibu pergi menunaikan haji, m'jadi tetamu jemputan-Nya.

Saya ingat lagi waktu setiap kali saya habis cuti sepanjang pengajian di universiti setakat ni, waktu ayah ibu hantar ke stesen bas untuk lepas saya pergi menuntut ilmu.

Di setiap masa itu, saya pasti merasakan satu perasaan yg sukar saya gambarkan dengan kata2.
Di setiap masa itu, saya pasti cuba senyum sambil b'susah payah untuk tidak menampakkan air mata yg dah b'genang pada mata.
Di setiap masa itu, saya pasti m'angkat tangan melambai pada mereka.
Di setiap masa itu saya pasti tidak melepaskan pandangan sampailah bayang mereka tak kelihatan.
Di setiap masa itu & bila2, doa saya tak putus2 supaya sekeluarga dikurniakan sejahtera, dikekalkan dalam Islam & Iman.

Masanya b'beza, occasion yg b'beza, umurnya b'beza, tapi perasaannya tetap sama.

Dan saya tahu, saya tetap akan merasakannya sampai bila2...

10 comments:

  1. saba yer kawan.. *tepuk-tepuk bahu*

    ReplyDelete
  2. Hanya yang punya ikatan/hubungan erat akan merasakan itu. Sebab kakak ada kawan dulu bila kena bercuti lagi susah hati. Dia lebih suka duduk asrama dari balik. Tak lama baru kakak tahu balik dia tak tentu rumah kadang rumah nenek, kadang mak saudara dan kadang kakak dia. Kesian yg begini kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,betoi jugak kata Kak.bila fikir2 balik,ada jugak antara kawan2 saya jenis macamtu... kebiasaannya,bagi kebanyakan org,the house is the home,tapi for some ppl,unfortunately,tak macamtu...

      Delete
  3. assalamualaikum hanih....akan tetap berperasaan yg sama selama2nyakan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam Mama,tulah kan Mama.Mama masih rasa yg sama ke walaupun dah ada anak cucu semua?...

      Delete
  4. rindu zaman ni..setiap kali cuti sem, mak abah akan hantar kat bus stand Guar....bila balik kg plak, mak tunggu kat dataran gurun....

    ReplyDelete
  5. betol2! sangt setuju bila kata perasaan tu susah nak gambar. dan setiap kali berdepan dengn situasi 2 hati x putus2 berdoa ntk meletakkn mereka dbawah jagaan allah kerana tau allah tu sebaek2 penjaga dan itu juga menjadi pembakar semangat nak belajar betol2 kat kuantan ni!=)

    ReplyDelete