Friday, August 3, 2012

Saya & Hamster.

Bila sebut ‘Haiwan peliharaan’, apa yg t’bayang dlm kepala? 

Salah satu haiwan kegemaran ramai ialah Hamster. Saya agak kebanyakan orang yg suka Hamster rasa geli dengan Tikus walaupun mereka sebenarnya dari keluarga yg sama. Kesian tikus, haha...

My first memory of hamster was during my primary school years. Keliling sekolah, ada rumah orang2 kampung & waktu rehat tengah hari sebelum kelas tambahan waktu petang, kami kadang2 singgah main2 di rumah orang kampung. Singgah main, singgah makan, singgah sembang2. Ada satu rumah tu ada hamster. Dalam bekas kaca. Waktu tu bila kawan2 bagitau yg nama benda tu hamster, saya tak percaya.
 “Bukan tu tikus ke?...” “Tikus dalam English, Mouse kan?...”

Beberapa tahun lepas tu (saya masih b’sekolah rendah), suatu hari mak bawak balik hamster, kawan dia bagi katanya. Mak bukan jenis yg suka m’bela binatang (sebab asyik geli je), jadi dia bagi pada kami adik-b’adik. Sejak dari tu, jadi lebih minat pada hamster. Hamster tu kami namakan ‘Hamer’, bulu warna kelabu, umur agak dewasa (badan dia besar) & dia sangat2 jinak. Tak m’gigit,langsung. 

Sebab nak cari kawan untuk Hamer, adik saya beli sendiri hamster satu lagi. Nama dia ‘Jack’, badan lebih kecil, warna oren-oren. Comel, hidung dia warna pink terang. Tapi, dia garang & suka m’gigit jari.

Masa b’lalu, bila saya & sebahagian adik2 mula tinggal di asrama, adik yg masih b’sekolah rendah di rumah beli hamster buat isi masa lapang, jadikan hobi. Dua ekor, warna oren tompok2 putih, ‘Remy’ & ‘Doris’. ‘Doris’ b’anak tapi takdir menentukan, hidup anak2 tu tak lama.

Dalam beberapa bulan yg lepas,saya mem-volunteerkan diri m’jaga hamster s’orang kawan se-universiti dengan saya. Hamster yg dia jaga t’lampau banyak, dia bagilah sikit kat orang lain. Sekarang, tinggal seekor. Nama dia ‘Hamy’, warna kelabu & sangat2 garang.


Hi, I'm Hamy! I'm that fierce thing!
Jaga hamster ni seronok tambah2 kalau dia jinak. Bila dia jinak, kita boleh main2 dengan dia, boleh pegang2 bulu dia & boleh main2 letak atas tangan. Kalau jaga hamster yg tak jinak pun masih seronok jugak sebab hamster ni semua comel2. Cara dia tidur comel, cara dia makan comel, cara dia b’diri comel. Semualah comel! Haha... Paling saya suka buat, kacau dia waktu tidur. Mengamuk weyh! Haha...  



Hamy tengah tidur ni, jom kacau!




8 comments:

  1. gua rasa nak bela ular..
    exotic skit..

    hamster pun ok gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak org bela ular,tapi aku tak berani lah weyh,serious,nak b'manja2 lagi...takbley takbley...

      hahaha...cantiklah,bela sekali ular & hamster...biar kena baham hamster tu,hahaha...

      Delete
  2. anep!!! ang jahat!! lain kali ang tdoq aku kacau ang plak. hemph! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...alaaa,bukan mati pun dia...amboih,nak kacau aku...hahahaha :p

      Delete
  3. Replies
    1. busuk jugak sikit,tapi tak sebusuk tikus lah...hahaha...
      takapa je,bley beli bodyspray untuk dia,bagi wangi...hamster pun ada body spray tau,haha...

      Delete
  4. pneah sekali dia gigit aku..smp berdarah.since taht aku sangat benci hamster

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,tu memang salah satu risiko dia lah kan kalau bela hamster ni... aku pernah jugak kena gigit tapi tak sampai b'darah lagi...

      ada kawan aku pernah bagitau,hamster ni dia gigit kita sekali je,waktu kita mula2 bela dia,lepas tu dia tak gigit dah...aku pastilah betoi ke tak, serik dah nak hulur tangan,haha...

      Delete