Saturday, June 9, 2012

Sudahlah gemuk, jahat pulak.

'Meninggal' lagi seekor hamster saya. Minggu lepas ada seekor mati dah.

So, sekarang ni tinggal lagi seekor, yg paling gemuk. Haha...

Sebelum ni dalam Habitrail tu ada 1 jantan gemuk, 1 jantan kurus & 1 betina slim. Yg jantan kurus tu sebenarnya orang lain yg punya, saya simpankan dulu dalam bekas yg sama sementara tunggu dia ambik. 'Sementara' tu rupanya lama, sampai ke sudah, haha...

Yg meninggal minggu lepas tu jantan kurus. B'gaduh berebut betina slim tu agaknya. Jantan gemuk menang.
Ada kawan tolong 'kebumikan' bangkai jantan kurus tu sebab saya tak ada kat rumah masa tu. Saya tak sempat nak buat autopsy, haha...

So, tinggal lah sepasang kan? Should be OK lah & b'anak banyak2.

Pagi tadi t'kejut pulak nampak betina kurus nampak kaku je sebab biasanya kalau saya pi 'ziarah', masing2 b'diri comel2 tunggu kuaci.

Check punya check bangkai, nampak macam kesan gigitan yg banyak kat badan dia. Besar2 pulak lubang, ngeri. Paling ngeri bila kat bahagian kepala atas otak pun b'lubang.

Satu je teori saya sekarang, jantan gemuk tu psycho! Cannibal.





   

5 comments:

  1. HAHA ! :D
    Kelakarnya !
    psycho cannibal upenye hamster gemuk tu .
    Pembunuh bersiri :P Haha

    ReplyDelete
  2. laaaaa sian kt yg lain2 tue.. sekeh yg gemok tue!!! hihihih :p

    ReplyDelete
  3. hhaha.. adeii... macam cerita misteri komik penyiasatan... (^___^)

    ReplyDelete
  4. jgn bagi dy mkn 3 hari, .bia dy kurus. .pdm muke

    ReplyDelete