Friday, June 1, 2012

"Dah tu, mesti tak kawan ke?..."



Dalam dunia ni kita kena sedar, ada banyak jenis orang yg diciptakan bukan saja b'beza2 rupa & bangsa, tapi jugak dengan macam2 ragam & perangai...

Dalam jenis2 orang yg b'bagai-bagai ragam tu, t'masuklah kawan2 kita, yg sehariannya dalam hidup kita...

Kawan2, datang dalam hidup kita dengan perangai yg macam2; perangai baik yg kita suka, perangai baik yg kita tak suka, perangai buruk yg tak suka & perangai buruk yg kita suka... Macam2...

Dalam banyak masa2 saya b'gelak ketawa b'hibur b'sama kawan2, m'buatkan saya lebih suka kepada mereka.

Tapi, dalam banyak masa2 gembira tu, banyak jugak masa2 kawan2 saya buat saya tak puas hati & marah...

Tanya orang pada saya : "Dah tak suka dia buat macam tu, ko kawan jugak dengan dia!..."
Saya hanya mampu jawab dengan senyuman.

Ye, betoi, memang saya tak suka sesetengah perangai kawan2 saya, tapi perlukah tak puas hati tu sampai buat dia jadi dari s'org kawan kepada saya kepada s'org yg saya gelar 'pernah b'kawan dengan saya'... Tak kan?
Jangan kita lupa, kawan2 kita manusia biasa, yg ada kelebihan & kelemahan. Yg ada macam2 ragam.

"Ko kena pandai pilih kawan. Kawan dengan orang yg ko suka je..."

Ye, memang kita kena pandai dalam b'kawan. Pesan ayah, b'kawan jangan biar sampai p'sahabatan tu mengawal anda, anda lah yg mesti pandai kawal p'sahabatan tu. Ada t'fikir macam ni? Sedar tak kita yg kawan2 disekeliling kita tu rezeki dari Allah. Kalau anda perasan diri tu baik, nak pilih2 kawan dengan orang yg baik2 je, siapa pulak nak kawan dengan orang2 yg anda rasa kurang baik tu?...

Memilih tu, memilih dari segi siapa yg anda nak selalu masa dihabiskan bersama, memilih bagaimana cara b'sahabat dengan kawan2 yg b'beza2 ragam, memilih yg mana untuk diteladani & yg mana untuk di-p'baiki...

Hmm...

Tak ke kita pernah t'fikir kalau2 ada ragam kita yg kawan2 kita tak senang? :)

6 comments:

  1. Memilih seorang sahabat tidak semudah memilih seribu orang kawan...
    berkawan itu perlu, tetapi dalam bersahabat, perlu berhati2 supaya tidak diambil kesempatan dan ditindas...

    :)


    salam Jumaat...

    ReplyDelete
  2. kawan tu oke lagi.. kalau sepupu lak cam ne? pulak duk berjiran? ragam boleh dikategorikan menyakitkan hati.. hampir dikatakan hari2 bertemu.. cam ne nak hadle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, lagi2lah kalau darah daging, ada tali p'saudaraan yg buat hal... kadang2 kita rasa kita lebih memahami/difahami oleh depa, tapi alih2 org yg tak ada hubungan kekeluargaan jugak yg lebih baik dengan kita, kan?...

      Kalau tiap2 hari dia dok buat ragam tu, memang kena buat confrontation lah kan, kalau lepas slowtalk tak jadi...

      at least kalau tak mampu buat apa2, kena sabaq lebih lah kot, tapi apa2 pun jangan bagi makan dalam... lama2 dok himpun, kalau sekali meletup tu habis wo!

      wallahualam... :)

      Delete
  3. sedang terfikir2 membaca entri ni (^___^)
    bukan senangkan nak mengawal diri dalam bersahabat... (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kadang2 kita sakit hati taw sebab tak pandai control p'sahabatan... most of the time, kita nak please kawan2, tapi lama2 bagi kesan buruk kat kita... Kena pandai tu... hmm

      Delete