Monday, June 18, 2012

Buat kerja gila...

Saya ada lagi dua minggu untuk buat p'sediaan untuk misi gila 'm'jadi' medical doctor & dentist dalam satu masa.

Mungkin ramai orang tak tahu yg student dentistry walaupun career-nya nanti mostly involve m'jenguk ke dalam mulut orang, tapi kami tetap kena belajar subjek2 yg diambik oleh student medical.

"Kenapa kena jugak belajar pasal benda lain (lain dari mulut & gigi)?..."
Saya tak tahu nak jawab macam mana bila ditanya sebegini.

Tahun 3 memang tahun yg m'-overwhelming-kan untuk saya, mungkin jugak untuk classmates yg lain. Sebabnya tahun ni tahun p'tama kami start buat rawatan kat klinik gigi tu; scaling, tampalan, cabutan & buat sendiri gigi palsu. Tahun ni jugak kami kena ke kelas di hospital untuk belajar subjek2 medical. 

Kawan2 student medic sendiri pun rasa kami student dentistry buat kerja gila.
Mana taknya, sepanjang tahun p'tama & kedua depa, depa memang dah dimantapkan semua, segala macam jenis ilmu untuk tujuan itu. Kami pulak hanya belajar surface2 sahaja, tak ada sesi Problem-based learning & subject integration macam depa. 

Macam dalam tahun 3 ni, depa tiap2 hari belajar kat hospital, kami pulak seminggu sekali ada kelas kat sana.

Exam pulak, kalau tak lepas, hukuman kami yg lebih berat. Kena ulang satu tahun bukan hanya subjek medical yg belajar kat hospital, tapi jugak subjek dental yg even passed pun, berat kan? Sedangkan student medic, kena ulang subjek/posting yg fail saja, tak sampai keseluruhan satu tahun pun. Hmm...

Bayangkan dalam masa yg sama, kami kena fulfill requirements b'kenaan kerja2 praktikal di klinik... Gigi palsu oh gigi palsu... Tu yg banyak m'makan masa... Melayani kerenah patients, kawan2 lagi, haih...


Depa ni sama2 saya buat kerja gila jugak.

Last2, saya jugak yg jadi gila...

4 comments: