Sunday, May 20, 2012

Seindah Sakura #1

Ada siapa2 kat sini yg follow drama Melayu?

Saya tak follow semua, follow yg best2 je, haha...

Drama Melayu yg saya tengah follow sekarang ialah 1 drama baru yang isi slot Akasia, TV3. 'Seindah Sakura' tajuk dia. Boleh t'minat dengan drama ni lepas tengok video klip lagu tema dia tajuk 'Buatku di sana' nyanyian Mafa & Ronnie.

Drama ni mainly pasal kehidupan Shakira, sorang budak perempuan yg dibesarkan tanpa ayah, & hidup dalam kemiskinan dgn mak & moyang dia. Awal2 drama, ada lah dia cerita pasal konflik yg ada antara mak Shakira & moyang dia, mak Shakira & orang2 kampung & Shakira & budak2 kampung. Dahlah depa hidup dalam kemiskinan, dipandang serong pulak oleh orang kampung.

Moyang Shakira asyik b'gaduh & pesimis je dengan mak Shakira. Mak Shakira pulak agak keras kepala & mungkin sket 'pincang' kot dalam menunaikan tanggungjawab dia jaga moyang Shakira & Shakira sendiri. Walaupun dia tinggalkan Shakira & moyang dgn alasan nak cari kerja yg bagi banyak duit lagi tapi rasanya penonton2 semua pun boleh taw yg sebenaqnya mak Shakira tu nak ikut boyfriend baru dia yg b'bangsa Cina, William. Setakat sekarang ni, tak jelas lagi sebenaqnya kenapa moyang Shakira selalu 'fire' mak Shakira, besaq kemungkinan sebab sejarah silam kesilapan yg pernah mak Shakira buat sebelum ni.

Shakira kecik2 lagi t'paksa kerja part-time siang ikan untuk bantu sara family. Nak apa2 barang, t'paksa carik kat sampah2 je. Nak dapat makan pun susah. Moyang selalu sakit & hidup Shakira jadi lebih susah selepas mak dia tinggalkan depa. Shakira yg kadang2 t'paksa ponteng sekolah, uncontrollable situations m'buatkan dia dianggap sebagai budak b'masalah oleh sorang cikgu baru kat sekolah menengah dia ni, Cikgu Airil. Cikgu Airil ni t'lalu obses kot dengan kerja dia sebagai cikgu ni sampai selalu buruk sangka kat Shakira tanpa usul periksa. Kesian Shakira.

Saya layan cerita ni. Mood dia sedih & kesian je, rasa yg lebih kurang sama waktu saya tengok drama Korea, 'Autumn In My Heart'. 

Btw, scene episod setakat sekarang ni shooting kat Kuantan, tempat saya stay sekarang. Pantai Sepat, Taman Gelora, Benteng, Pantai Beserah, buat saya lagi rasa macam 'connected' lah kononnya kan, hahahaha.

Lupa nak bagitaw, drama ni diangkat dari sebuah novel 'Seindah Sakura' karya Liza Zahira (saya tak baca nocel ni). Barisan pelakon antaranya Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah & ramai lagi. Directed by Zul Huzaimy, script Wan Mahani & produced by Temenggong Pictures.

Drama ni dah 10 episod sekarang, katanya overall ada 24 episod. Tayang kat TV3 hari Isnin sampai Khamis jam 7 malam. Saya tak tengok TV, download je, haha. Bukan apa, kacau waktu Maghrib lah.
Boleh jugak tengok kat Tonton.

Nak taw lebih jangan baloq liat untuk klik http://www.kepalabergetar.net/2012/05/seindah-sakura-akasia-di-tv3.html


10 comments:

  1. Replies
    1. pasrah mengaku betoi statement tu kan, hahaha...

      Delete
  2. pernah tengok dua tiga kali...mgkin lbih

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih lah tu, malu nak mengaku kan? :p

      Delete
  3. Tengok kat tonton.com je..ll tak sempat nk ikut hari2 kul 7 kat tv3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tonton pun OK jugak, cuma kadang2 kalau saya tengok sekat2 tu, memang buzzkill betoi lah...haha

      Delete
  4. tak pernah tonton.

    jawapan cerituit ada di blog :)

    ReplyDelete
  5. saya tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...mesti kamu tau kenapa saya tengok cite ni kan kan kan..ahahaha~ *ceh, bajet ye ye aje... :p*

    start nanges tengok cite ni dari episod 4...tiap episod nangis... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab apa tengok drama ni? Fahrin Ahmad? Hahaha...

      Amboih, ratu air mata ni... Haha

      Delete