Tuesday, January 31, 2012

Secangkir Teh Pengubat Letih.


Baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil buat saya rasa nak melancong ke Turki. Rasa macam seolah-olah tenggelam dlm dunia lain bila baca Travelog Tarbiah terbitan Galeri Ilmu ni.
 
Buku ni m’ceritakan pengembaraan Ustaz Hasrizal kat bumi Turki, bumi Khilafah Uthmaniyyah. Ustaz Hasrizal ni waktu dulu belajaq kat Jordan & selalu ke Turki bila b’cuti. Nak taw kenapa beliau suka sangat p sana, jangan segan2 untuk baca buku ni ye, haha. Sat lagi bila dah baca ni, kot2 kita pulak yg rasa nak experience macam mana suka sangat Ustaz Hasrizal kat sana.

Yg pastinya, melalui p’bacaan buku ni, saya amat t’sentuh dengan p’sahabatan & ukhuwah atas dasar lillahitaala yg mengikat Ustaz Hasrizal & kawan2 bangsa Turkinya. 
 
Kerana ukhuwah kerana Allah, org yg baru je kenal dah rasa macam b’kawan lama, siap boleh tumpangkan tidur kat rumah. Kerana ukhuwah kerana Allah, language barrier tak m’halang p’kongsian & komunikasi antara diorang. Kerana ukhuwah kerana Allah, p’sahabatan yg t’jalin suci dari sifat2 b’hasad dengki, iri hati & backstabbing , suci dari sifat & p’buatan mementingkan diri, & suci dari sifat2 buruk yg mampu memecahkan umat.

Ukhuwah kerana Allah menemukan kita dengan sahabat kita dengan cara yg kita tak jangka, ukhuwah kerana Allah tak akan memisahkan, tak jumpa di dunia lagi, pasti jumpa kat Syurga sana.

Banyak lagi isu yg Ustaz Hasrizal share dlm buku ni, antaranya ; kisah politik & sejarah kat Turki, budaya & sosial kat sana & gambaran salah, misunderstanding pasal Turki yg kebanyakan org percaya & pegang. 
 
Bacalah buku ni, beli! Tak rugi pun.

Baca kat sini sama. Overview sket apa yg ada dlm buku ni.


3 comments:

  1. secangkir teh.... ? oh agreed....

    ReplyDelete
  2. Jom join Hanif Blog Bloglist
    Hanif blog bloglist
    Salam kenal….dan I follow sekali
    Tolong komen setelah letakkan bloglist…Thanks

    ReplyDelete
  3. Tea : Dah baca ke?... Buku2 Ustaz Hasrizal yg lain ada baca jugak? :D

    Hanif Idrus : Ook... Noted! :)

    ReplyDelete