Friday, January 13, 2012

Hangpa ada?...

Ni hah, nak habaq mai kat hangpa semua, mai kita belajaq lohghat kami! Loghat oghang utagha!...  
 
Seqgheyat : Hujan dah reda. Hambat : Tangkap. Contiang : Conteng. Ligan : Kejar. Cemuih : Bosan. Tokak : Gigit. Geyghek : Basikal. Belemoih : Comot. Kutey : Cubit. Tak dan : Tak sempat. Hebiaq : Celupar. Lencun : Basah. Ketegaq : Degil. Heqghot : Senget. Meqghela : Gatal. Loqlaq : Cuai. Ayaq Achaq : Air longkang. Meqghenyeh : Menyengih. Dak-aih : Tak lah! Celuih : Muat. Meqghelit meqghelap : B'kilau- kilau. Capoi : Celupar.
Teqghebey : Lastik. Meloqghoih : Londeh. Qghandok : Redah. Qghagaih : Panjat. Melewaq : Merayau. Qghabat : Panjat naik. Qghimbok : Belasah. Bekelai : B'gaduh. Qghedah : Redah. Mandom : Lembap. Qghabit : Koyak/pecah. Mai : Mari/jom.
Terple'ot : T'seliuh. Gomoi : B'lawan. Ketit : Kena gigit serangga. Gaqghet : Gatal (for girls) Nala : T'sangat. Mangkaq : Perangai buruk. Teyliang : Kepala senget. Qgheling : Jeling.  Kesot : Mengesot. Depa : Mereka. Qghalet : Leka/lalai. Katok : Ketuk. Ikan kaqghen : Ikan laga. Ikan Temenung : Ikan Kembong. Pedai ayam : Padlock. Toqgheh : T'toreh. Ponen : Pondan. Qghamaih : Ramas. Kedeqghat : Kudrat. Biaq : Biar. Seqgheyau : Risau. Mengkedarah : Makan dengan banyak. Hangpa : Kamu.
Nyeh : Buang hingus. Pancoq : Paip air. 
 
Dlm banyak2 loghat yg ada kat Malaysia ni, rasanya loghat Utara paling glamour sebab dikongsi sama tiga negeri which are Perlis, Kedah & Pulau Pinang. Even, Perak sebelah utara pun ada cakap pakai loghat Utara ni. 
Orang kata loghat Utara ni kasaq, hahaha. Memang kasaq, terus je cucuk hati tu, kalau b'kawan dengan orang2 utara yg pekat loghatnya jangan mudah terasa hati.
Terima kasih kat kawan2 yg mengenali saya selama ni sebab dok sabaq telinga tahan apa2 yg keluaq dari mulut saya ni, haha. Peace!

No comments:

Post a Comment