Thursday, November 24, 2011

Dhia & Azmi #2


Dhia : Saya takkan maafkan dia, sampai bila-bila pun saya memang takkan maafkan dia.
Azmi : Ish Dhia, tak baik macamtu. Sedangkan Allah boleh maafkan kita, apatah lagi kita.
Dhia : Awak tak fahamlah, ayah saya tak pernah marahkan saya sampai macamtu sekali tahu? Dia tak percayakan cakap saya. Raffi tu buat ayah saya fikir saya buat benda tak senonoh awak tahu tak?
Azmi : Ni semua salah saya.
Dhia : Bukan salah awaklah, Raffi tu yang salah. Saya kenal dia bukan sehari dua, dah bertahun-tahun dah saya kenal dia, sampai hati dia buat saya macamtu.
Azmi : Tapi apapun, saya nak mintak maaf, sebab...sebab saya, awak & Raffi bergaduh.
Dhia : Tak apalah awak, benda dah nak jadi dah pun. Hmm? Sekurang-kurangnya benda ni buat saya nampak apa yang saya tak nampak selama ni. Lagipun, saya tak pernah rasa cinta pun kat dia.
Azmi : Tapi dia?
Dhia : Itu dia. Dia cintakan saya, tapi bukan saya. Saya tak pernah ada perasaan macamtu kat dia.
Azmi : Awak pasti? Ataupun mungkin awak marah sebab bila marah orang akan cakap benda yang tak sepatutnya.
Dhia : Itu Raffi, bukan saya. Saya tahu apa yang saya cakap, saya tahu siapa orang dalam hati saya, sememangnya orang tu bukan Raffi.
Azmi : Jadi memang ada oranglah dalam hati awak? Boleh saya tahu siapa?
Dhia : ^_^
Azmi : ^_^

From the currently-airing TV3 drama, Tentang Dhia.
More on Tentang Dhia :

  1. http://www.tv3.com.my/shows/drama/Tentang_Dhia.html
  2. https://www.facebook.com/pages/Tentang-Dhia/174957289259137?sk=wall
  3. http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Tentang_Dhia_Menanti_Bahagia_Di_Sebalik_Duka.html

No comments:

Post a Comment