Sunday, September 11, 2011

Weekend yg penuh dgn makanan...


Fuh, weekend ni memang full! Bukan jadual yg full, perut yg full. Sebab apa? Sebab banyak betoi jemputan sana jemputan sini ke open house raya yg ada kat area2 Kuantan ni. Tak menang tangan perut melayannya.

Habis je kelas hari Jumaat dlm pukul 10 pagi macamtu, terus ke kompleks belia, ada talk pasal kemerdekaan. Tapi yg tu bukan main attraction dia. Main attraction dia bila dengar2 ada kambing golek. Habis je talk terus serbu tempat makan. Macam2 makanan ada. Ada sup tulang, lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang, nasi lauk ayam masak merah (nasi dia ada kaler2) & laksa Pahang. Kambing golek pun mestilah ada, dok b'golek-golek kena bakar, haha. Ada jugak majlis penyampaian hadiah utk anak2 istimewa. Sayu je tengok depa & senyuman depa sangatlah menyentuh hati, huu. Oleh sebab tak begitu ramai org yg datang, memang banyak makanan lebih. Kambing golek pun tak banyak org usik sebab nak menunggu tu satu hal jugak. So, yg ada komitmen lain tu t'paksalah balik dulu kan. Jadinya, memang banyak lagi bahagian2 kambing tu yg belum dibaham. Yg tinggalnya kami budak2 IIUM yg datang & ada sket2 abg2 & kakak2 belia Pahang. Sambil kami tolong potong2 & bakar2 kambing tu, masuklah sket2 dlm mulut kan. Memang nikmat. Lepas tu mula badan terasa panas2 & b'bau kambing, haha.

Next day tu pulak, ada 3 jemputan, start pukul 3 petang sampailah 'Isya. Antara makanan2 yg ada, nasi kaler2 lagi, mee kari, laksa Pahang lagi, nasi impit, rendang, kuah kacang, cupcakes, lauk kambing (kambing lagi) & macam2 kuih raya. 

Makanan yg saya baru jumpa & instantly fall in love with is laksa Pahang. Sebelum ni memang saya biasa makan laksa utara & laksa Melaka. Apa yg lainnya laksa Pahang ni, dia punya mee ada macam lain sket rupa dia (rasa sama je) & kuah dia macam kuah laksam sket, rupa & rasa. Memang sedap. Banyak jenis rupanya laksa ni. Kena study ni, kata die-hard-fan laksa, haha. Jom Laksa Shack! Haha.

Satu makanan lagi is puding raja. Mula2 nampak pelik je. Macam mana ye nak describe. Mula2 tengok, ingatkan macam another version of roti jala sebab dia macam kuning macam roti jala but thinner. Ada pulak atas benda2 kuning tu some fruits yg pun saya tak taw apa, haha. Nampak saya dok t'pinga-pinga kat situ, ada lah sorg makcik ni datang story2 sket pasal puding raja ni. Kata dia puding raja ni makanan istana kat Pahang ni. Dia tolong tunjukkan macammana nak makan puding raja ni. Ada kena tuang dia punya susu dulu atas benda kuning2 tu rupanya. Ada jugak dalam puding tu, pisang goreng yg dah dipotong. Rasa dia memang sedap.

"Oyeke, makcik, manalah saya taw. Saya bukan org sini. Saya org Kedah."

"Patutlah. Makcik pelik. Takkanlah org Pahang tak taw. Sultan Kedah memang tak ada makan puding raja ni. Dia makan benda lain agaknya..."

"Haha, yelah kot, makcik..."

Hari Ahad, pagi2 lagi dah ke Sek Ren Ibnu Abbas kat Permatang Badak ikut kawan p makan kat sana. Lepas isi rohani dgn tazkirah sket, isilah pulak perut dgn makanan. Yelah, takkanlah taw nak isi perut je, malas2 nak dengar talk pun mesti kena paksa diri sebab makanan rohani pada saya lebih penting dari makanan jasad. Dua2 pun penting, cumanya makanan jasad tu tak elok lebih2, makanan rohani lagi lebih lagi elok, kan? Kat situ ada beberapa jenis kek lapis, kuih raya, nasi dagang & laksa Pahang. Sedap betoi laksa Pahang dia.

Lepas tu, ikut nenek yg datang dari jauh dengan pak menakan & sepupu p kenduri kahwin saudara jauh yg ada tinggal kat Kuantan ni. Makan lagi. Nasi minyak dgn macam2 jenis lauk. Dapat pulak makan dekat meja pengantin, memang nikmat (sebab ada udang besaq). Seronok rasa bila nenek datang dari jauh. Tua2 pun kuat lagi b'jalan. Semoga semua dikurniakan kesihatan & dipanjangkan umur yg b'manfaat, insyaAllah, amiiin. Ingat nak bawak nenek jalan2 tengok Kuantan & kampus sebab bukan selalu kan, tapi nenek penat agaknya, balik terus lepas tu.

Weekend ni memang sakan. Satu sen pun tak keluar utk beli makanan. Murah rezeki, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 utk yg m'jamu. Semoga amal2 kita diterima olehNya, insyaAllah.

Membako kambing. Gambar dari facebook Badruddin Ghazali.

Ole2 dari kenduri & dari nenek. Susah2 je nenek datang jauh2, bawak benda pulak lagi utk kita...
 
Footnote : Bila asyik dok meng-upload & tak menyempat nak men-download makanan2 yg dibaham, maka ketatlah kepala otak, ketatlah mata, ketatlah perut, ketat segala-galanya. 





   

10 comments:

  1. amboi..
    sedapnya entry ni..
    hahaah...

    ReplyDelete
  2. hi..salam kenal, jenguk dari blog diana

    ReplyDelete
  3. diana:hahaha...kalaulah bley dimakan ye...hahaha
    cahaya fajar:makan mmg besh...part naik berat tu yg xbesh...kan?
    exora:hi jgk!tenkiu tenkiu... :D

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuhu
    sunggu antu semua jins laksaaaaaa
    hehehe
    maceh mai belog sy!
    hehehe
    dah follow sini juge!

    ReplyDelete
  5. singgah baca entry..laksa pahang xpenah makan lagi...nak try jgk la.tapi laksa shack xde kat muar..ehehe

    ReplyDelete
  6. fuh... entri ni betul2 boleh buat shera kembali lapar... sedap2 makanannya...

    ReplyDelete
  7. elih japahar:hahaha...bkn senang nak dpt kambing sekoq...dengaq kata 800ringgit
    aimie amalina:hahaha...hantu2 laksa sekalian...haha...tenkiu follow sy :)
    ayu zan:tp kat laksa shack x ori...kena mai oahang lah,baru try... :D
    shera:hahaha...t'liur ye...waa,entry ni kiranya bley jd p'buka selera lah ni...hahaha

    ReplyDelete
  8. pergh kambing panggang!!!!!!! dah brape tahun ni xmakan kambing golek. kamu tolong makan kan pon OK! ;)

    ReplyDelete