Wednesday, August 31, 2011

Sedih & Gembira


Skip sat pasal tajuk post kali ni.

Nak story pasal malam raya.

Mcm raya Aidilfitri yg biasa sebelum2 ni, kebiasaannya malam raya & hari raya pertama, kami stay kat rumah nenek sebelah mak, kek Pokan Tampin, Nismilan (den kono lah buat loghat nismilan kan, haha).

Dlm semua org dok hanyut dibawa arus pemodenan ni, rasa sket bangga lah sebab sunnah Nabi & adat Melayu kita p ziarah-m'ziarahi wkt hari raya ni masih lagi diteruskan. Harap2nya b'kekalanlah sampai generasi anak cucu nanti (kalau ada umur, haha).

Ok, skip mengarut2, back to story malam raya.

Rumah nenek kat Tampin ni letaknya kat kawasan taman. Tiap2 malam raya, family members yg lelaki dari beberapa family p 'Isya jemaah kat Surau Sentosa yg ada kat kawasan perumahan tu. Lepas solat, ramai2 takbir & then, di-join oleh family members yg perempuan, yg kecik2 utk p beraya rumah ke rumah. Bukan main sakan diorang ni, siap bawak beg tangan kecik lagi, nampak benar nak mengutip hasil, haha. Biasanya dlm satu malam tu, ada dlm b'belas-belas ke 20 rumah macam tu.

Lepas semua 'ahli rombongan' dah settle-in dalam satu2 rumah tu, sorg akan lead takbir 1 round, baca doa' sket & mulalah melantak memenuhkan tangki masing2, haha. Dulu waktu saya umur2 sekolah, saya akan duduk senyap2, takut kena suruh lead takbir, tapi sekarang OK je. Bayangkan kalau dlm b'belas-belas rumah yg diziarahi tu, confirm ada mcm2 jenis makanan punya kan. Masing2 nak buat yg paling special, yg enjoynya kami2 ni lah, haha. Macam2 ada, selain dari typical ketupat, rendang, lemang, kuah kacang & lontong, ada jugak Italian foods (Italian Raya Experience tu, haha), Mee Kari, Soto, Noodles & macam2 benda lagi yg saya tak kenal, haha. Dulu waktu arwah Datuk Rashid ada lagi, siap ada laksa lagi, bukan main.

Kadang2 tak larat nak makan lagi, tp temptation dia, fuh, susah betoi nak tahan. Rasa mcm kena pukau dgn makanan je. Berat yg dah turun berapa kilo tu naik sekejap je dalam 1 malam. Lepas 15-30 minit, berangkat pulak p rumah yg lain. Kadang2 tu rasa nak stop tengah jalan sebab rasa malas & nak tengok TV je kat rumah tapi bila memikirkan nak p b'takbir, m'agung2kan kebesaran Allah, so sambung lah jugak dengan hati yg rela. Apa lagi cara t'baik utk sambut kemenangan dibulan Syawal ni kalau tak memuji2 & m'agungkan kebesaran Allah. Kan?

Dekat2 pukul 1 pagi macam tu, baru lah habis round2. Penat memang penat tapi setahun sekali je kan. Lagipun bukannya buat benda yg buruk.

So, kenapa saya sedih? Kenapa saya gembira?

Sedihlah sebab Ramadhan dah pun pergi & rasa sket menyesal sebab saya tak puas hati dgn amal saya sepanjang Ramadhan haritu. Wbagaimanapun, harap2 amal puasa diterima & dikurniakan umur yg b'manfaat utk b'temu lagi dgn Ramadhan akan datang. InsyaAllah.

Gembira sebab raya lah kan, sebab apa lagi (dah malas nak type ni sebenarnya).

1 lagi sedih sebab cuti panjang dah nak habis & Isnin depan dah start kelas utk next academic year.
Mood tak sampai lagi.

So, eventhough hari ni dah hari raya ke-2, saya nak ambil kesempatan utk wish SELAMAT HARI RAYA utk semua. Tak sempat nak tulis post ni semalam, bila buka laptop je, adalah haa budak2 kerumun, suruh bukak game lah, webcam lah, macam2, haha.

Footnote: Saya dah lama pencen kerja2 mengutip duit raya kat rumah2 waktu malam raya. Tapi, ada sekali tu, bila keluar rumah sorg ni, dia hulur sampul. Terkejut. "Saya dah besar dah...". "Ko ambik je lah, haha...". Haha, rasa x macho sungguh. Lepas tu, kena bahan lah dgn adik2, haha.

6 comments:

  1. suka kat nota kaki tu. skrg dapat duit raya pun sedare2 dekat je bagi. dah besar x dpt duit raye padahal spm x pas lagi. besar badan kot. huhu.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya buat kamu...


    jika dapat duit raya itu, simpan utk masa depan ye... hehehe...

    ReplyDelete
  3. ouh.saya maseh belum mahu pencen mengutip dwit raya.(nada bangga)

    ReplyDelete
  4. selamat ari ghayo waris..hehe

    ReplyDelete
  5. siti nadzirah zakaria:haha...betoi tu.kdg2 saiz bdn & p'watakan kita mmg dpt mengaburi mata org pasal umoq kita...
    james alexander:tenkiu for the advice.Selamat Hari Raya!
    atiqah:hahaha...mmg xada siapa yg nak pencen...tp t'paksa dipencenkan...haha
    ayie:Selamat hari raya... :)
    en.psycopath:selamat hari raya jgk... :)

    ReplyDelete