Friday, July 15, 2011

Durian Trip.

Waktu dok kat Kuantan, 2 tahun tak dapat merasa makan durian. Langsung! Dok plan nak beli dgn budak2 housemates tak pernah lah nak menjadi. Biasanya, kalau kat rumah kat Changlun, tobat makan selalu dgn family. Tak pernah miss every season. Masalahnya, bila season je, tak cuti. Bila cuti balik Kedah, tak season lah pulak. Haha.

So, cuti this few month ni kebetulan kena dgn durian season. Tiap2 minggu ada je 'Durian Session' dgn family. Stok tak pernah habis. Sentiasa ditopup, haha.

Petang td, b'kesempatan p Durian Trip dgn ayah & adik ke rumah kwn lama sekolah Al-Maad, Arau dulu, Asyrof Abdullah. Dah kebetulan pulak, sekarang ni Asyrof kerja part-time kat tempat ayah kerja. So, memang kenal lah. Rumah dia area2 Teluk Tenggiri kiranya antara Jitra dgn Kodiang lah, mcmtu. Tak jauh pun dr rumah saya. P p tu, naik dulu dgn ayah dia, Pak Cik Lah p dusun buah yg depa jaga sejak Pak Cik Lah umur 25 tahun. Dia kata sekarang umur dia around 50 tahun, so maksudnya pokok2 buah kat dusun2 tu dah dlm 25 tahun jgklah kat situ. Besaq gila dusun2 Pak Cik Lah, dahlah besaq, ada lima pulak tu. Mcm2 buah ada. Dusun tu kat atas & lereng2 bukit, so p naik atas sana dgn Ford Ranger Pak Cik Lah.

Dah sampai tempatnya, sakanlah kutip2 buah. Banyak betoi dapat durian & manggis. Ada satu lg buah apa entah, kaler oren2 sket, besaq sket dr buah langsat, 2 kali ganda jgklah saiz dia. Tak tau pulak nama dia. Tak lama lepas tu, Asyrof join. Bila dah jumpa kwn lama, mcm2 cerita bukak. Besh betoi jumpa kwn lama, mengutuk2 sket, haha.

Pemandangan dr atas bukit tempat dusun Pak Cik Lah tu, Ya Allah, mesmerizing! Sejauh2 mata memandang, penuh sawah padi, cantik je, kotak2. Bawak kamera mesti besh.

Dalam sejam lebih jgk, turun bukit, makan durian & buah mata kucing kat depan rumah. Nikmatnya Ya Allah.

Lepas Asar, balik rumah. Kereta bau durian je. Mana taknya, imagine, naik Toyota Unser, lipat seat belakang sebab penuh isi durian, mcmtulah banyaknya, haha. Banyak kan?

Apa2pun, tima kaseh banyak2 kat Asyrof & family for the fun evening. ^_^

Besh pulak naik 4wheeldrive p offroad kutip buah. Nak Land Rover satu bley?...


4 comments:

  1. HAHAHA . melampau2 byknyee . haha . jgn kata kt kedah je . ni kat umah i pon mak i laa melantak durian x benti2 . nasib lah i xmakan duriann . hehee

    ReplyDelete
  2. bestnye... aku dah tobat makan durian.. makan aritu hampir2 dua minggu batuk2... orang cakap durian siam memang camtu... banyak cucuk obat... hahahahh

    ReplyDelete
  3. jgn mkn byk sgt anep...hns thn lepas gain 6kg sbb durian r...skrg dh insaf dah..mkn sket2 je rasa..

    ReplyDelete
  4. cikpipitembam:xmakan durian...ruuugiii!!! :p

    naim:ang ni mcm filani ke?...makan durian je jd b'penyakit...ampa ni mmglah...haha...oerut kerabat raja ke apa...haha

    hanis:hu3...dah t'mkn banyak pun...&, dah "t'naik" berat pun...banyak pulak tu...serious mendadak...menyedak pulak,haha,penat2 lose weight...

    ReplyDelete