Monday, March 7, 2011

Rabbits

Lepas Zuhur hari ni, saya & Wan Hafiz b'kesempatan pi satu tempat ternak or should I say bela arnab. Tima kasih banyak2 kat Aizat Azam & Kak Sheeda yg sudi luang masa utk tunjukkan directions utk kami. Hajat ke sini bukanlah nak beli arnab, lebih kpd saja tengok2, mana tahu kot2 nak beli in the future.

My bad, saya tak tahu pun ( tak sedar tak ambil tahu) the formal name of tempat ternak arnab tu. Yg saya tahu, ia amat dekat dengan Pantai Sepat kat Kuantan ni. Nak sampai ke Pantai Sepat ni, lalu Tanjung Lumpur. Lepas tu, somewhere on the other side of the road kat Pantai Sepat ni, ada macam satu lorong kecik (kira2 muat satu kereta) menuju ke dalam. Mula2, jalan tar lagi, tapi nanti akan jumpa kawasan yg tak b'tar, kanan kiri ladang kelapa sawit.

Pantai Sepat

Sampai je, terus jalan2 tengok2 arnab2 yg ada kat situ. Seronok jalan2 tengok arnab2 kat sini. Ada banyak gila! Macam2 spesies, macam2 rupa, macam2 warna. Comel2 semua. Ada yg kecik, ada yg besaq. Yg baby2 yg baru nak tumbuh bulu pun ada. Ada banyak sangkar2 arnab kat sini. Semuanya nampak selesa utk arnab tu. Space dia reasonable lah, tak macam yg selalu kita tengok kat sesetengah Zoo kat Malaysia ni yg kedekut tempat nak bagi binatang duduk. Semua arnab sihat2 belaka. Cuma yg ada memang dari lahir cacat tu tak boleh nak buat apa2 lah kan. Arnab yg sakit2 ada lah dia letak kat satu kawasan yg tak campur sekali dgn arnab2 yg sihat.

Seronok bila sembang2 dgn sorang kakak ni yg merupakan salah sorang dari pengusaha ternak arnab ni. We have a very informative rabbit-talk, share2 cerita about our rabbit-passion, haha. Kagum saya dgn kakak tu. Macammana dgn hanya minat bela arnab yg macamtu2 je, starting dari 5 ekor, the rabbit-passion drive her utk buat ladang ternakan arnab ni. Banyak arnab2 kat situ. Memanglah saya tak bilang satu2, tapi honest to God, banyak gila.


1 of the kawasan ternakan

The other kawasan ternakan
Tengah jalan2 tengok arnab, came across this very-cute-white-lionhead rabbit, reminds me a lot of the late Perry.

Sama sangat rupa dia dgn Perry, except just for the colour. Perry was orange-gold-brown, in between.
Rasanya tuan punya tempat ternab arnab ni memang seorang pencinta haiwan lah sebab selain arnab, ada juga dia ternak ayam, burung merpati, monyet & kambing. Kuda pun ada beb! Siap ada dengan padang tempat lari2 lagi. Cuma, kalau ada macam this isolated sangkar ni, jangan gatal2 leher nak jenguk2, sakit jantung nanti kena 'sapa' dengan anjing yg lagi besaq dari diri sendiri, hahahaha...
Mula dari minat, turn in into bussiness.

Haaa, lupa nak habaq. Kat pintu masuk/keluar, ada sekor burung apa entah nama dia. Mula2 ingat ada orang mana entah dok bebel2, rupa2nya burung ni.

"Hello, hello..."

Pandai dia dok buat bunyik 'phewwit'


3 comments:

  1. wah.. memang ada hati nak bela arnab tp tak kesampaian lagi.. so di temani hamster2 yg nakal je kat umah

    NENEK MUDA! DAPAT CUCU PADA USIA 23 TAHUN

    ReplyDelete
  2. lekat yg melekit:hamster pun comel jgk tapi kecik sangat.x puaslah nak angkat2...pegang2 pun takut t'picit, mati jugak kena picit kang...haha
    intan maisarah:yup...arnab mmg comel...lipas je yg x comel :D

    ReplyDelete