Tuesday, March 8, 2011

Black Beauty

Dah lebih kurang 3 minggu, saya & housemates pindah ke rumah sewa yg baru kat IM6 ni. Sebelum ni kami menyewa kat IM2. Pindah sebab sewa dah mula rasa t'beban dgn sewa rumah yg mahal utk sebuah rumah yg b'keadaan tak sepadan dgn harga sewa. Bagi saya, kalau lah sewa rumah reasonable dgn keadaan rumah & tuan rumah b'sikap sangat prihatin, saya prefer lagi stay kat IM2. Dekat dgn kedai makan & kedai runcit, dekat dgn mahallah. Lagipun, sayang sangat nak tinggal jiran kami yg sangat2lah baik, Pakcik Mat Roof & family. Jaranglah dapt b'sembang2 & keluar minum2 dgn dia lepas ni.

1 lagi 'benda' yg saya sayang nak tinggalkan is :




Wo, siapakah gerangan dia ni? Or, should I say, apa?...haha, humanism betul saya ni, tak ada semangat setia-haiwan langsung, haha.

OK OK, kucing ni sebenarnya bukannya kucing yg memang nak dibela. Kisah saya & kucing ni start bila kucing ni selalu datang lepak kat laman rumah bila malam esp. bila hamster yg ada dalam sangkar depan rumah dok main kat ferris wheel. Asal malam je, lebih kurang pukul 10 macam tu, tengah2 kita dok study kat living room, ada lah dia datang t'jengah2 kat depan rumah. Kucing ni agak sombong mula2, bila saya b'gerak sikit je, larilah dia macam kena kejar anjing. Nak pegang tu, harapan lah. So, tekad saya nak b'kawan dgn dia ni & nak pegang dia. Saya pun startlah bagi dia makan; roti, whiskas & macam2 lagi makanan yg saya ada waktu tu. (sanggup tu beli whiskas)

Tapi, kucing ni still buat2 jual mahal dgn saya. Nak dekat2 dgn dia tak boleh, tapi bagi makanan, dia nak pulak. Try umpan dia, letak makanan dekat2 dgn saya, tapi, menyempat je dia capai bila saya alih pandangan pi tempat lain, haha.

Kadang2 bila boring dok kat bawah, saya naik study kat tingkat atas. Ada sekali tu, tengah saya dok concentrate baca nota, tiba2 macam ada 1 lembaga hitam t'jenguk2 dari luar pintu. Terkejut saya bila nampak kucing tu dok ada depan pintu bilik. Agaknya dia terkejut tengok saya terkejut, dia pun lari.

Alhamdulillah, lama2 dia nak jugak b'kawan dgn saya, bagi saya pegang2 dia. Cantik kucing ni. Lawa bulu dia. Tak tebal macam kucing Parsi tapi tak jugak nipis macam domestic cats. Badan dia gempal jugaklah sikit. Bila dia dah tak takut, kadang2 dia duduk sebelah saya bila saya study kat living room & kadang2 dia jalan2 kat dalam rumah sampai ke dapur, cari makanan. Dari datang hanya waktu malam, dia jadi lebih selalu appear. Seronok pulak, rasa macam nak bela.

Bila nak pindah, saya macam agak sayang nak tinggal dia. Baru kawan nak kena jauh pulak. Mula2 ingat nak bawak je mai rumah kat IM6 ni tapi bila sembang2 dgn Pakcik Mat Roof, kata dia, kucing tu sebenarnya jiran sebelah lagi satu yg punya. Adoiii, dah b'punya rupanya. Sayang seribu kali sayang, haha.

Owh, lupa nak habaq, kami panggil dia Qurratu'aini. Haha. Style kan nama dia. Kami bagi nama Qurratu'aini sempena nama sorang kawan, classmate kami yg memang sangat suka kucing, Dinie Qurratuaini. Waktu Ringgo (kucing dia) dok kelihatan lagi, tiap2 hari dia update blog dia pasal Ringgo. Not exactly tiap2 hari lah, haha.

Asalnya, kami panggil dia Roland Harhur sebab ingat dia jantan. Bulu dia yg agak tebal buat kami agak susah nak cam jantina dia. Roland sempena nama watak sekor kucing dalam movie Garfield while Harhur tu nama Iraq dia, given by our Pak Arab, Sayf Kashmoola.

Rindu this Black Beauty. Qurratu'aini, be well. 



Dappnya, dappnya dia makan


9 comments:

  1. hantu kucing?...
    nak lari ke x ye?
    sbb hantu...
    tapi, kucing kan comel...

    haha...kidding ok :D

    ada bela kucing ke?

    ReplyDelete
  2. tu lah.syg seribu kali syg. rembat kang b'dosa pulak,haha...

    ReplyDelete
  3. penyayg bintag yep kmu nie , bgus''
    :))

    ReplyDelete
  4. Awwwwwwwww. That's meeee! :D

    ReplyDelete
  5. chintadalun's here:haha...mestilah.kita kan kena saling sgy menyayang...haha
    dinie:haha.yup.mmg purposely name after you, the best friend a cat can ever have :)

    ReplyDelete