Saturday, February 26, 2011

"Eh, ang layan nasyid ke?"

Saya sangat suka dengar lagu. Suka muzik. Macam2 lagu dari macam2 jenis penyanyi. Kadang2 bila saya dengar lagu nasyid, nanti ada lah suara2 :
"Gila ah, layan nasyid kot..."
"Eh, ang layan nasyid ke?..."
"Eee, layan nasyid...jiwang."

Tak kurang, ada jugak yg macam ni :
"Weyh, tukarlah lagu lain! Lemas aku dengar!"

Sebenarnya, sejak dari zaman budak2 lagi, I'm always a big fan of nasyid. Walaupun saya tak ada lah koleksi album nasyid dari artis2 nasyid yg saya selalu update bila album baru keluar, tapi somehow, saya akan cuba carik clip lagu nasyid yg baru tu & enjoy it.

Dan alhamdulillah, saya bangga mengatakan, konsert berbayar pertama yg saya pernah pergi dalam hidup saya ialah konsert nasyid (konsert kumpulan Rabbani kalau tak silap). Semua konsert berbayar yg saya p semuanya konsert nasyid. Tak pernahlah lagi saya keluarkan duit banyak2 untuk tengok konsert2 artis2 bukan nasyid (local or international). Kadang2 tu memang ada je rasa macam nak p konsert artis2 lain macam konsert Michael Buble kat KL bulan depan tapi entah kenapa, kalau ada je konsert2 nasyid, saya tak rasa nak terlalu b'kira untuk p. Ada duit, tarikh sesuai, masa kosong, adalah saya, haha.

Entah kenapa, saya cukup pelik & anti dengan orang2 yg anti dengan lagu nasyid (no offense). Saya ingat lagi satu insiden kat sekolah MRSM Langkawi dulu.

Waktu tu, kelas untuk pelajaran Matematik Moden. Kami macam boring belajar dalam kelas, so, cikgu pun buatlah kelas kat luar ( kat Dataran Hijau, specifically). Oleh sebab sesi tu jawab2 soalan2 latihan untuk SPM je, cikgu pun pasanglah lagu nasyid, saja2.

Then...

"Cikgu, cikgu, pasanglah lagu lain." (ada seorang muslimah ni request)

"Kenapa, kamu tak suka dengar lagu nasyid ke? (kata cikgu sambil kening t'angkat & senyum)

Student yg tanya tu buat muka, mulut mencebik. Saya, pelik.

Lagu nasyid terus dipasang, cikgu p tandas sat.

"Weyh, Anep. Tukarlah lagu lain." (kebetulan saya ada dekat dengan laptop & speaker)

"Laaa, kenapa pulak? Apa masalahnya? OK je lagu nasyid ni."

"Malaslah nak dengar lagu ni."

"Dah tu, nak dengaq lagu apa?"

"Pasanglah lagu Linkin Park ke, Simple Plan ke, baru lah best!" (suara agak tinggi & dengan nada memaksa)

"Owh, dengaq lagu2 mcm tu tak malas pulak? (saya mula rasa irritated & annoyed)

"Takde lah, dengaq lagu nasyid ni, pening kepala aku. Rimaslah. Panas telinga aku. Boleh cair taik telinga ang taw tak?...Lagu lain OK. Anything but nasyid. Tukaq tukaq tukaq!!!..." (nada marah & nak cari gaduh)

"Owh, dengaq lagu bingit2 mcm Linkin Park tu tak panas telinga pulak??? Takde pulak rasa nak luruh telinga tu?...Lagu nasyid ni bawak mesej b'faedah kot, ingatkan pada agama. Apa masalahnya dengar lagu pasal agama? (saya sangat marah, nada suara pun mula meninggi)

"Eh, ang faham tak? Lagu nasyid ni bosan taw tak? Dahlah jiwang, mendayu-dayu pulak tu. Aku tak fahamlah kenapa ada orang kat dunia ni yg suka sangat layan nasyid. Freak..."

Belum sempat saya jawab apa2, cikgu dah datang meleraikan & tukar lagu lain, bukan nasyid.

Mungkin bagi sesetengah orang, saya ni nampak macam m'besar2kan hal yg kecik. Instead of b'tengkaq, baik tukaq je kan?...Tapi saya tak mcmtu.

Saya tak kisah kalau siapa2 nak dengaq lagu apa2, yg mcm mana sekalipun. Saya pun layan jugak lagu2 bukan nasyid, sangat layan sebenaqnya. Tapi, janganlah smpai jadi anti-nasyid. Patutnya, kita jadi lagi suka dengar lagu nasyid. Saya ingat lagi pesan Abg Nazrey Johani kat 1 konsert dia yg saya p :
"Kita boleh je nak layan lagu2 lain, tak ada masalah, Samsons ke, Sean Kingston ke, tapi nasyid mesti nombor 1."
Lepas tu, dia nyanyi sikit lagu Kenangan Terindah & Beautiful Girls, haha.

Memang betul ada satu masa tu lagu2 nasyid ni banyak bawak mesej pasal cinta instead of ketuhanan & agak jiwang bagi sesetengah orang. Tapi, tu sebenarnya adalah approach yg artis2 nasyid ni cuba lakukan untuk bawak banyak remaja (umur tengah masyuk b'cinta) untuk bercinta cara Islam. Tapi, bila buat macam tu, banyak pulak yg mengomel kata lagu nasyid ni jiwang. OK apa dari lagu2 non-nasyid yg dok cerita pasal making out lah, sex lah, dirty things...bla bla bla...kan?

Sekarang ni memang banyak sangat dah artis2 nasyid with wide variety of songs & music yg boleh kita pilih. Baik yg local mahupun yg international.

Kalau saya lah kan,
Nak dengar lagu nasyid yg banyak unsur2 ketuhanan & keinsafan, saya layan Raihan.
Nak dengar lagu nasyid yg agak rancak, saya layan Rabbani.
Nak dengar lagu nasyid pasal hal2 remaja, pemuda pemudi, saya layan Inteam ke, UNIC ke...
Nak dengar lagu nasyid yg ada international feel, saya layan Maher Zain.
Nak dengar lagu nasyid yg muzik besh macam muzik2 Indonesia, saya layan Opick.
Nak dengar lagu nasyid yg ada suara Faizal Tahir, saya layan lagu2 lama kumpulan Mirwana.
Banyak lagi...

Jadi, kawan2 yg ada unsur2 anti-nasyid sikit tu, cuba2lah dengar lagu nasyid. Satu dua pun OK. Tak dengar sangat tak apa, jangan membenci sudah. Saya ajak ni, haha.

Besh lagu nasyid ni. Ada mcm2 mesej yg dibawak, pasal ketuhanan, keinsafan, kehambaan, cinta, tokoh2 agama, sirah, hal2 dunia, macam2 lagi lah.

Kalau lah tak suka sangat pun dengan apa mesej yg cuba disampaikan, layan muzik dia pun OK pe. Artis2 nasyid ni suara sedap2, harmony diorang besh!

Peace. ^_^


3 comments:

  1. sya ske ainul mardiah..lirik dia bwk mkna mndalam owh..

    ReplyDelete
  2. waaa..lame x jumpe no..hehe

    ReplyDelete
  3. salam. tak pernah jumpa lagi org yang anti nasyid yang hard core. :) tapi ada poin di sini yang boleh digunakan. Kalau dorg ckp nasyid mendayu2 pasal cinta, balas balik cakap unsur2 yang dibawa oleh bukan nasyid lebih2 lagi dan mengajak kepada benda yang tak baik, even melanggar nilai2 islam.

    terima kasih atas pencerahan. :)

    ReplyDelete