Monday, January 31, 2011

Sweet Symphony...

Kalau dah kata peminat kereta tu, sebut je lah apa2, walhal sehingga ke benda2 yg detail2 pun diambil perhatian. For me, apart from the performance & the looks of the cars, suka juga dengar bunyi enjin kereta.

Haha. Pelik ke untuk anda?

Peliklah, bukan bunyi kereta semua sama je ke? Apa yg best sangat?
Kalau kereta tu di-modify dengan ekzos besaq, kuatlah sikit kan bunyi dia?
Memekak je...

Haha.
Tak bagi saya. 
Pernah dengar bunyi superbike menderum laju potong ampa atas jalan? Haa, sama ke bunyi dia dengan Honda EX5. Haha, tobat tak sama. Dengarlah sendiri kalau tak percaya.

Macam tulah juga dengan kereta. Walaupun bunyi dia mungkin lebih kuat dan bising tapi, menusuk qalbu beb!...

Berikut, kereta2 yg bunyi dia membuatkan saya melompat-lompat macam budak2 tengok jet lalu dekat langit.


1. Vauxhall VXR8


'A Thunder from Down Under', macam ni lah review2 automotive industry describe kereta ni. Made in Australia, dengan ada darah Amerika & British. Kereta ni replacement model untuk Monaro (ada dalam game Need For Speed Underground 2). Kereta ni model asalnya dari brand Holden, based kat Australia (tu maksudnya, Down Under). Syarikat kereta Australia memang agak terkenal dengan model2 keluaran depa yg ganaszzz2. Aussie brutes, bak kata depa. Kereta ni sebenaqnya pakai enjin Chevrolet Corvette, muscle car yg cukup famous kat Amerika tu (no wonder bunyi memang...pergh!!!). Vauxhall pulak sebenarnya sebuah syarikat kereta dari Great Britain. Sebab tulah, dia ada gene dari tiga keturunan, haha. Orang2 Malaysia mungkin tak berapa familiar dengan brand Vauxhall ni, tapi Vauxhall ni sebenarnya adik-beradik je dengan syarikat Opel yg pernah ada kat Malaysia dulu, model2nya such as Kadett & Zafira (yg juga dikenali dengan nama Chevrolet Nabira).

True American Muscle Car : Chevrolet Corvette

Opel Zafira

2. Lexus LFA


Lexus mungkin lebih dikenali sebagai kereta mewah dari Jepun. Mass model yg famous off course lah SUV dia, RX ( Toyota Harrier), banyak gila orang Malaysia pakai. LFA ni merupakan 1st supercar dari Lexus lepas lebih kurang 9-10 tahun of research. Harga dia yg agak mahal lebih dari established supercar yg lain m'buatkan banyak orang p'soalkan apa rasionalnya sebab dah lah Lexus ni 'muda' dalam industri supercar ni, dahlah LFA pun 1st model, keluar2 je harga nak yg ultra sekali. Macam bagus je kan. Tapi, memang bagus pun. Canggih kot. Typical analogue meter display digantikan dengan digital display yg nampak macam seakan-akan dalam game. Lexus kata enjin LFA ni power sangat & terlalu responsive sampai jarum meter yg biasa dipakai tu tak efficient dah untuk model ni. Bunyi dia, fuhhh! Cair earwax, haha. Dengar cerita, Lexus collaberate dgn Yamaha Music Group kalau tak silap utk dapatkan bunyi enjin yg sangat mantap ni...Seriously awesome.

Lexus RX / Toyota Harrier


3. Alfa Romeo 8C Competizione


Mula2 tengok kereta ni, macam agak tak berapa suka dengan front design sebab nampak macam muka Ikan Keli, haha. Tapi, bila dengar bunyi dia...Hmm, berdarah hidung. Made in Italy, syarikat Alfa Romeo dapat p'tolongan sikit dari teman senegara dia, Ferrari dalam development & manufacturing kereta ni. Alfa Romeo biasanya dikaitkan dengan design2 yg authentic Italian beauty.

Italian Beauty : Alfa Brera


4. Ferrari Enzo


Named after dia punya founder, Mr. Enzo Ferrari, model ni is dubbed macam Ferrari legend lah. Design luaran yg agak pelik cause people to have split opinion. Kata Ferrari, depa come up with this design as model ni dibangunkan based on F1 technology. Cuba tengok muncung depan kereta ni, ada sikit macam muncung kereta lumba F1 kan?

5. Lamborghini Gallardo Valentino Balboni


Lamborghini memang agak terkenal dalam bab2 bunyi enjin yg eardrum-piercing. Baik model dulu2 macam Countach sampailah model latest, Reventon. Bunyi dia lain dari yg lain. Ada characteristic sound. 
Paling suka, bunyi enjin Gallardo ni. Tengok kat documentary show pasal manufacturing of kereta Gallardo ni, Lamborghini memang ada design satu part dalam enjin ni semata-mata utk produce that characteristic astonishing sound. Supercar manufacturer mostly sangat concern pasal bunyi enjin yg dihasilkan from their models.

Lambo Countach
Lambo Reventon

Sweet symphony. Dapat satu, memang best, haha. Walaupun mungkin tak kan pernah dapat miliki satu tapi tak salah to keep these as things that keep appearing in our borderless world of dreams, kan?

Bak kata seorang mak cik tu pada saya, dari dok gantung gambar2 perempuan kat dinding bilik, baik lagi gantung poster kereta, haha.

3 comments:

  1. ktrg ade hyundai getz. mau?haha

    ReplyDelete
  2. owh.haha.sehari 150?haha...weyh,nnT bila ang dah untung bisnes herbalife,jgn lupa aku :D

    ReplyDelete