Sunday, January 16, 2011

Student, Teacher.

Semua orang adalah student.
Semua orang adalah teacher.
Kita belajar & mengajar dalam masa yg sama.
Kita memberi, kita juga mengambil. Popular phrase-nya ; Give & Take. Selalu dengar kan?

Sejak dari kita mula menangis masa dilahirkan sampailah waktunya kita ditangisi orang bila pulang kepada-Nya, kita memang perlu belajar. Kita nak atau tak nak, kita belajar dalam kita sengaja mahupun tak. Memang dah disubjekkan pun pada kita, orang Islam menuntut ilmu dari buaian sampailah ke liang lahad.

Kita pergi sekolah, masuk universiti, kita belajar.
Kita kawan dengan orang, kita belajar.
Kita bercinta, kita belajar.
Kita masuk hutan, kita belajar.
Kita buat salah, kita belajar.
Kita tengok orang, kita belajar.
Kita hidup sehari-harian pun, kita belajar.

Bila ada benda yg kita belajar, kita mengajar. Banyak cara kita mengajar, dalam nak & tak nak, dalam kita sedar & tak sedar (redundant? haha). Cikgu, insan paling b'jasa dalam hidup kita. Cikgu, profesion mulia dimata semua. Mana2 orang pun mungkin boleh jadi cikgu.

Kita, manusia yg banyak cela.
Ada sesetengah kita suka benar melantik diri sendiri dengan sengajanya jadi cikgu. Suka benar kita menegur sana, menegur sini, mengarah sana, mengarah sini, menghukum sana, menghukum sini dalam cara yg tak sepatutnya & tak membawa manfaat. Yang kita tahu mencari kesalahan orang supaya boleh jadi point untuk dibahankan pada student kita. Kadang-kadang memang salah tu betul2 dibuat, kadang-kadang hanyalah benda yg kita reka2 untuk sedapkan 'cerita'.

Menegur dalam konteks saling mengingatkan memang bagus, kan? Sesungguhnya menegur tu kan memberi manfaat pada orang mu'min. Tambahan pula, menegur kan adalah antara perkara yg kita harus buat lepas kita tak boleh nak ubah satu2 kemungkaran tu dengan tangan kita. Jadi, tegur-menegurlah kita. Dalam tak sedar, kita jadi cikgu. Mengingati & mengajar dalam tak kita sengaja.

Semua orang boleh menegur, semua mungkin boleh jadi guru.


Tapi, bolehkah kita jadi murid, jadi student?

Apa yg kita buat bila orang tegur kita? Bagaimana reaksi kita?
Adakah kita terima dengan senyuman kerana ada orang nak ajar kita? Adakah kita jadi lagi hormat & sayang pada cikgu kita? Adakah kita bercakap penuh budi bahasa dengan mereka?

atau...

Kita buat muka tak puas hati macam nak ajak bertumbuk? Kita benci & meluat? Kita keluarkan kata2 kesat & menghina untuk membela diri yg memang tak boleh nak dibela?

Memang ramai orang cuba & sibuk2 nak jadi cikgu tapi tak ramai yg sanggup jadi murid. Patutnya bila kita nak jadi cikgu, kita mesti boleh jadi murid, kan? Sebab kalau terlalu bongkak untuk belajar, kita tak layak sebenarnya untuk mengajar.

Jadi, cuba tanya diri sendiri. Apa yg kita buat bila orang tegur kesalahan kita...

Prof Jala, best teacher that one could have.

6 comments:

  1. ko kutuk ak ke anep..hahahaha! =p

    ReplyDelete
  2. anonymous:weyh,sapa ni?aku xkutuk sapa2 lah...nak peringat diri aku jgk sbnaqnya.aku kuat melenting kot kadang2 bila org teguq2 aku,hahaha...sapa ni??

    ReplyDelete
  3. aih..makin byk lak anon menyerang.

    "Yang kita tahu mencari kesalahan orang supaya boleh jadi point untuk dibahankan pada student kita"

    setuju2. kat sini memang ramai. tmasuk diri aku sndri la kdg2 tu. issskk..

    -aku anti anon-

    ReplyDelete
  4. anon?haha...siapakah anon?misteri...
    tp,kadang2 aku rasa macam taw je sapa anon ni..haha

    ReplyDelete
  5. jeng2...teguran sesorg penting utk kita perbaiki diri kita....tp depends pada cara teguran...kalau dok maki2, perli2, sape yg nk berubah..ye x??hahahahah

    ReplyDelete
  6. btoi2...sebab tu kebiasaannya banyak org x suka bila diteguq ni pasai kebanyakan teguran tu dok skali dgn mencarut2 & tujuan nak m'jatuhkan...kalo elok2,slow talk..kan ok :D

    ReplyDelete