Monday, November 29, 2010

Solosai...

Alhamdulillah...

Maka, tatkala tepat pukul 10.30 pagi tu, maka habislah End of Block 2 exam yg saya dah start seminggu lepas.
Lega sangat rasanya walaupun agak risau pasal result yg bakal dapat nanti.

Laporan exam :

  1. Isnin 22 Nov. Subjek : Pathology. Yg ni la exam yg paling mencuakkan untuk saya. Satu, mungkin sebab the fact yg ni is the first paper. 1 lagi, sebab sebelum ni result Pathology saya sangatlah teruk. Jadi, saya amatlah desperate untuk improve result untuk block ni. MCQ so-so je. Tak puas hati kat Short Notes sebab terlupa point2 untuk elaboration. 1 lagi, terlupa the right term untuk 'hematogenous spread', yg saya tulis 'vascular spread', haha. Harap2 Dr Than terima sebab rasanya lebih kurang je lah kan, haha. Untuk Essay pun, agak tak puas hati juga sebab point2 & elaboration agak tak organize. Bersepah-sepah & terlupa tulis 2 point. Adoiii, markah tu, markah.
  2. Selasa 23 Nov. Subjek : Conservative Dentistry. Agak tak puas hati waktu jawab Essay sebab terlupa pasal Initial Step untuk cavity preparation. Walaupun tu subjek last block, that's not an excuse sebab benda tu saya wajib tahu sampai bila2 & tak kira masa. So, saya pun tulis je lah semua yg saya tahu pasal Class 2 Mesio-Occlusal Amalgam Restoration. InsyaAllah.
  3. Rabu 24 Nov. Subjek : Prosthetic Dentistry. Disaster! Silap tulis jawapan untuk soalan Short Notes sebab salah faham soalan. Teruk teruk. Sebab salah paham soalan jugak, Essay pun agak salah jawab jugak. Satu yg pelik pasal saya ni, bila saya study saya susah betul nak ingat tajuk atau apa2 yg ditulis kat header slide tu. Consequently, saya tahu point2 tapi tak sure untuk apa. Ish ish.
  4. Khamis 25 Nov. Subjek : Pharmacology. Essay & Short Notes OK. Cumanya, tak dapat ingat semua point2, so, letak mana yg ingat je. Side effects of NSAIDs & Aspirin, Paracetamol toxicity & 1 lagi tak ingat. Untuk short notes, side effects & contraindications of Antacids.
  5. Jumaat 26 Nov. Subjek : Dental Material. Another Disaster! Essay, soalan senang sangat, tapi oleh sebab ramai orang yg abaikan soalan2 yg ada dalam lecture notes Dr. Ammar, maka tak tahulah apa differences between cavity liners & cavity base. Saya hentam je mengikut point2 yang ingat waktu study Dental Cements. Bila check2 balik, ada point2 yang terbalik, tersalah letak & terlupa tulis pasal the main difference which is the thickness of the material. Short Notes soalan pasal Back Pressure effect in Casting Failures, point berterabur. Seriously, rasa macam fail Dental Material. Adoiii...
  6. Isnin 29 Nov. Subjek : Microbiology. Short Notes, soalan yg Bro Haytham pernah tanya dalam kelas & waktu tutorial. Oleh sebab tak sure apa jawapan untuk soalan tu, maka bermulalah sesi goreng- menggoreng. Harap2 ada yg kena sebab lepas tu check2 balik, ada yg betul. Agak menyesal sebab lupa tulis satu point ni padahal waktu dalam exam dah ada terfikir. Untuk Essay OK cuma tak expect dapat markah penuh sebab mula2 agak confuse Neisseria & Spirochetes.  
All in all, saya harapkan improvement dari last block. Saya dah usaha, dah jawab & sekarang apa yg boleh dibuat; doa banyak2 & tawakal. Saya habis study semua sebelum masuk exam. Saya start study awal. Hmm. Ya Allah, Engkaulah yg Maha Mengurniakan. Dengan kerdil & hina, hamba memohon, dengan seluruh rahmat-Mu, kabulkanlah hajat2ku wahai Tuhan yang Maha Kaya.

Barang tak pack lagi ni. Balik Changlun malam ni, insyaAllah. Rindu Ummi Baba, adik2...Rindu betul kat budak berdua kat bawah ni.


2 comments:

  1. Anepppppp, kitorg dah smpai ipoh haha. X apa, rileks kan minda dulu. Kita tawakkal untuk result nanti ye :)

    ReplyDelete
  2. haha...aku pun dh smpy Changlun..tula..tawakal je la..doa2..hu3..

    ReplyDelete