Saturday, October 16, 2010

Saya yg suka hirup sup

Hari ni waktu lunch, mula2 tak tahu nak pi makan kat mana sebab ada dua tempat yg saya teringin nak pi mencuba which are Kemaman Kopitiam dekat area2 Berjaya Megamall Kuantan & Restoran Ani Sup Utara dekat area yg sama.

Pikiaq punya pikiaq, last2 decide nak pi try makan kat Restoran Ani Sup Utara. Mula2 risau jugak nak pi tempat ni atau tak sebab Sayf (our Iraqi housemate) pun ikut, tak tahu dia boleh makan atau tak makanan2 kat situ. Tapi, bila dia kata OK je, so, pi la kedai ni. Restoran ni di-recommend-kan oleh our classmates ; Amalina Ahmad Kamal & Farah Azmi who had been there. Depa kata kalau nak cari kedai makan yg ada sup sedap2, kat sinilah tempatnya.

Maka, bertolaklah pi kedai tu dalam pukul 12.30 tgh hari macam tu. Sampai je kat kedai, terus order makanan. Kalau tengok buku menu dia, memang the main course is the soups la. Banyak jugak varities. Tak ingat dah apa nama sup2 tu. Boleh order sup saja. Boleh order satu set dgn nasik sekali. Lain pada tu, ada jugak Nasik Ayam, Soto, Beehun sup & Kuey Teow sup. Senang cakap, semua yg ada kaitan dgn sup je, haha. Tapi, tak adalah drinks dia pun sup2 jgk. Adalah biasa air yg ada kat kedai lain.

Filani & Sayf order sup ayam. Saya order sup campur & Soto. Cicah dengan roti. Satu sup dalam 3, 4 ringgit macam tu. Soto pulak 4 ringgit.

Sup Campur cicah roti. Layan...

Roti agak mahal. 1 seringgit. Bukannya Roti Gardenia pun (ternampak waktu tukang masak tgh prepare)
Saya order Laicikang. RM 3
Masing2 dah kenyang.


Keluar je kedai, terserempak pulak dgn Kak Min, Kak Izzati & Kak Roki. Nasib baik depa lambat, kalau tak dah suruh belanja dah.
p/s : Sayf, I copy the pictures from your album on Facebook. OK kan?haha

2 comments:

  1. sedaaaapp kaaaann?? (hamal)

    ReplyDelete
  2. hamal?? =D

    yup..sdap..sup dia rasa limau2 sket kn?

    ReplyDelete