Friday, October 1, 2010

- Fakerity -

Hati.
Benda (benda ke?) yg bagi saya paling susah untuk dijaga.

Ye, betul. Hati, yang dalam badan kita tu, memang susah pun untuk dijaga. Haha, bukan hati tu yg saya maksudkan ye. Yang saya maksudkan ialah hati yg kita tak nampak tu, yang bila kita marah, kita rasa sakit hati tu (entah macam mana nak describe sakit hati tu ye).

Dalam hidup hari2 kita, kita deal dgn banyak orang yg banyak ragamnya. Macam2 jenis hati yg dipunya; hati kering, hati lembut, hati waja & macam2 lagi. Tak dapat tidak, dalam sehati-hati mana kita cuba menjaga hati2 ni, sebagai insan yg lemah, kita tak terlepas dari menyakiti hati orang lain. Kita tak terlepas membuat orang marah. Kita tak terlepas membuat orang kecewa. Kita tak terlepas membuat orang meluat, walaupun kita selalu menggadaikan kepentingan diri sendiri, mengorbankan apa yang kita punya & kadang2 menyulitkan keadaan kita pulak. Susah kan? Kadang2, bila kita antara 2 hati, we have no choice but to unintentionally have to hurt a heart to be good to another.

Antara masalah yg kita dapat bila nak menjaga hati ni ialah bila kita terpaksa berpura-pura, terpaksa menipu, terpaksa 'menghipokritkan-diri-sekejap' demi untuk jaga hati seseorang.

Contohnya :
  1. In real, kita tak suka dengan cara seseorang tu & dia not aware of it, tapi bila berhadapan heads-on dengan seseorang yg tak kita berkenankan tu, kita terpaksa buat2 suka demi nak menjaga hati dia & demi nak mengekalkan hubungan silaturrahim dgn dia (which is a tuntutan agama).
  2. Kadang2 bila seseorang tengah minat sakan nak have conversation dengan kita tapi kita tak ada mood, kita terpaksa buat2 muka berminat utk jaga hati dia walaupun sebenarnya kita tak dengar & tumpu pada apa2 yg dia cakap pun.
  3. Kadang2 bila kita tersepit diantara dua kawan kita yg bergaduh, kita terpaksa buat2 membela & buat2 membenci yang satu lagi, padahal bila kita dengan kawan yg seorang lagi, kita sumpah seranah kawan yang satu lagi tadi.
Hmm..tu baru 3 keadaan, banyak lagi sebenarnya kan?
Mula2 bila kita 'mem-fake-kan' action or expression kita tu, memang kita akan rasa lega sebab tak sakitkan hati orang yg berkenaan. Tapi, tunggu seminit dua, hati kita pulak yg mula rasa tak sedap hati & rasa guilt sebab menipu & berpura-pura.

Memang susah nak jaga hati. Memang susah nak puaskan hati semua orang kat sekeliling kita.

My Say?

"Benda2 leceh yang melibatkan hati ni lebih susah dari nak menyelesaikan problem Fizik waktu SPM dulu."

Tapi, apa2 pun, dalam keserabutan kita nak menjaga hati yg lain, jangan kita lupa tanggungjawab kita menjaga hati sendiri. Tak ingat pulak saya either ayat Qur'an atau Hadith yang ada bunyi macam ni; Dalam badan manusia ada satu benda ni yang kalau ianya dijaga dengan baik, maka baiklah orangnya. Kalau ianya tak dijaga dengan baik, maka tak baiklah, 'binasalah', 'rosaklah' orang tersebut.

Apakah benda yg powerful tu? Itulah HATI.


Yang punya hati,

Saya.... (sorry Syider, saja tiru your trademark, haha)

p.s : Hati (liver) pun kena jaga jugak. Amanah Allah kan? Ampa jangan dok makan benda2 hat kaler2 pelangi pekat2 sangat, kesian kat hati ampa nak proses nanti. ^_^

3 comments:

  1. Anep, sama-sama kita harapkan yg terbaik. Huu :(

    ReplyDelete
  2. anep, itu hadith.. tp cube cek blk, anep tulis salah tu.."Dalam badan manusia ada satu benda ni yang kalau ianya TAK dijaga dengan baik, maka baiklah orangnya." patutnye buang 'TAK" tu kan..

    ReplyDelete
  3. >anonymous:haahla..tula..ya Allah..baru pasan..tima kaseh bgtaw ye.. =D

    ReplyDelete