Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan & Syawal...

Ya Allah, lama betul tak 'ber-blog'. Bukannya sebab tak ada benda yang nak dibahankan. Banyak je. Mungkin, terlalu banyak kot sampai tak tau nak tulis pasal apa, haha.

Hmm, hari ni dah hari ke 28 puasa. Alhamdulillah, setakat sekarang ni, penuh lagi. Harap2 diterima amal oleh Dia Yang Maha Mengadili. Tiap2 Ramadhan, memang dah jadi azam nak penuhkan puasa sampai hujung bulan. Kesian bila tengok ada kawan2 terpaksa tak puasa sebab sakit (and i'm not talking about the girl friends) & accident.

Oleh sebab dah puasa 28 hari, maknanya tak lama dah nak raya. Walaupun raya kali ni saya tak dapat cuti lama (4 hari je) sebab ada end-block exam on hari raya ke-4, tak bermakna kemanisan raya, semangat nak raya harus saya bantutkan (skemalah pulak ayat, haha).  Kalau nak emo2, memang sedih sebab cuti tak lama. Tambah2, bila diingat balik, sejak tahun saya SPM lagi, sejak tahun tu, saya tak dapat nak enjoy raya all out. Asal waktu raya je, mesti tgh exam ataupun exam lepas tu.
Lawak pulak bila kawan2 yang belajar kat oversea pun siap boleh balik Malaysia, cuti lama2, puasa & raya puas2 dgn family, ni kan pulak saya yang belajar kat Kuantan ni je. Apa2pun, syukur, ada jugak cuti kan, dari tak ada langsung. Mungkin ni sebagai persediaan utk alam pekerjaan nanti. Mungkin tu, mungkin ni. Allah tak takdirkan sesuatu tu in vain, kan?


Anyway, insyaAllah pukul 6 petang nanti saya akan bertolak balik ke rumah nenek kat Tampin, Negeri 9. Rindu betul kat Wan, family & saudara.

Apa yg saya selalu syok pasal raya ialah :

1. Dapat makan rendang ayam & daging air tangan Wan (favourite ni).
2. Dapat makan kuih tart nenas Mak Uda puas2.
3. Dapat salam2 dgn family & saudara semua. Kosong-kosong ye...
4. Dapat konvoi ramai2 ke rumah saudara2 jauh.
5. Last but not least, mestilah sebab dapat duit raya. (Alhamdulillah...)

& banyak lagi sebenarnya nikmat yg tak dpt nak diceritakan dgn perkataan2 kat dunia ni.

Tapi, dalam ke-excited-an kita nak sambut Syawal yg bakal datang, sedihkah kita nak tinggalkan Ramadhan?
Dah dimanfaatkan dgn baik ke peluang yg Dia bagi? Dah berubah jadi lebih baik ke kita? Atau still the same person as before Ramadhan? Atau, maybe, lebih teruk?...

Sama mcm orang lain, saya pun ada azam nak ubah benda2 buruk yg saya selalu sengaja atau tak sengaja buat waktu awal Ramadhan dulu. Bukan main berazamnya. Mula2 OK, alhamdulillah, tapi hari demi hari, hmm, tak tahulah mcm mana nak cakap. Ramadhan benar2 menguji kesabaran & istiqamah kita dalam buat amal, Dalam Ramadhan, kita battle head-on dgn nafsu diri kita sendiri. Tak ada syaitan yg hasut2. Berjayanya kita, atau gagalnya kita berubah jadi lebih baik dlm Ramadhan ni depend pada berjaya tak kita kawal nafsu kita.

Kalau ada yg cakap2 macam ni,

"What's with this change for good thingy?..."

"Mesti berubah ke dlm bulan puasa ni?..."

"Oh, dah tu waktu bulan puasa je la, baru nak berubah ye?..."

bagi saya mereka tu, orang2 yang perasan bagus, dah yakin sangat dapat masuk syurga & tak pandai memanfaatkan peluang yg Allah bagi. Renung2kanlah...

So, mcm mana? Berjayakah kita ubah apa2 yg kita azamkan nak ubah? Terisi tak Ramadhan kita walaupun perut kita tak terisi di siang hari? Kalau terisi, terisi dgn apa? Layakkah kita utk Syawal? Hmm, ketuk hati tu, cari jawapannya.

Apa2pun, atas kesempatan yg ada ni, saya dgn sgt2lah malu & rasa bersalah, memohon maaf daripada semua atas apa2 je salah silap yg saya sengajakan atau tak terperasankan. Hati is a very precious thing. Maka, berhati-hati lah kita menjaga hati. Hati kita & hati mereka2.

Sekian.

Eid Mubarak.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF TERSURAT & TERSIRAT.

No comments:

Post a Comment