Sunday, August 1, 2010

Kerana Sekeping Roti Canai

Please take care of your drool, haha...

Date & Day : 25th July 2010, Thursday
Event : Dental Students Society of KOD Ifthar Jamaie (Maghrib until after Isya' prayer)

Maka berlakulah perbualan ini diantara 2 orang sahabat/coursemate/classmate/housemate...

J : Weyh, macam mana nak buat ye malam ni?
K : Awat weyh?Ada apa malam ni?Iftar kan?
J : Si Fulan bagitaw ada makan ROTI CANAI free kat masjid lepas Isya'
K : Laa, yeke? Weyh, nak buat macam mana haa? Lama dah kot tak makan roti canai. Kempunan.
J : Kita semayang Isya' kat masjid IM2 lah. Kita balik awal.
K : Aku patutnya kena tolong Fariss & geng2 DnT kemas2 lepas program, dahlah aku tak tolong siap2 set up tempat. Tapi takpelah, biarlah diorang je buat. (teruk betul, ish3...)


Lepas dah azan Maghrib, dah berbuka, ada tazkirah (tajuk tazkirah : Niat) . J & K plan nak kuar majlis pukul 8.45 utk pergi Masjid IM2.


Jam : 8.45 malam (sharp)
Status program : Belum habis. Tengah ada taaruf 1st year students (which is one of the objectives of the programme that night).

J : Weyh, jom! Bad, kalau ada nasik lebih tolong bawak balik ye! (tamaknya, nak roti canai ke nasik ni?)

J & K dengan muka kering & tak malu (K kan patut stay utk kemas2) keluar majlis & cepat2 naik motor.
Bawak motor laju yg amat macam nampak hantu. Tengah2 perjalanan, nampak ada ada mar'ah & kanak2 kat tepi jalan mintak tolong. Beratnya hati J & K nak tolong budak2 tu, kempunan roti canai lah katakan....

Cerita seterusnya disambung & disampaikan dalam bentuk pujangga merapu seperti di bawah

Kerana sekeping Roti Canai
Sanggupku tinggalkan majlis mulia
Yang menuntut sokongan & penglibatanku
Yang memberiku peluang persahabatan baru
Tapi : "Ah, biaqpi la!"

Kerana sekeping Roti Canai
Sanggupku mengabaikan amanahku, tanggungjawabku
Membiarkan tangan2 yang sedikit itu membuat kerja2 yang banyak
Membiarkan mereka berpening bersusah
Tapi demi sekeping Roti Canai
"Ah, biaqpi la!"
Kerana sekeping Roti Canai
Motor buruk sanggup kupecut
Keselamatan diri tidak ku endah
"Ingatlah orang tersayang!"
Tapi demi sekeping Roti Canai
"Ah, biaqpi la!"

Kerana sekeping Roti Canai
Tergamaknya hati perutku
Menolak minta tolong mereka yg dalam kesusahan
Kesusahan yg berada diluar kudrat mereka
Siapakah 'mereka' itu?
Kanak-kanak
"Budak2 kot!..."
Tapi demi sekeping Roti Canai
"Ah, biaqpi la!"

Kerana sekeping Roti Canai
Sanggupku selindungkan niat perutku 
Di belakang niat murni : "Nak semayang jemaah kat Masjid"
Walaupun sebelum itu sudah ku diingatkan tentang signifikannya niat yg dipasang
Tapi demi sekeping Roti Canai
"Ah, biaqpi la!"

Walaupun sudah berkejaran kerana sekeping Roti Canai
Sanggup aku tamakkan Nasik Lebih
Aku sendiri bingung dengan apa yg aku sebenarnya mahukan

Akhirnya
Roti Canai tarak, Nasik Lebih pun tarak
apa pun tarak
Pahala menolong orang? tarak
Pahala semayang jemaah kat masjid? tarak
Yang ada :
Dosa mengabaikan amanah
Dosa membiarkan orang2 tak berdaya terus dalam kesusahan
Dosa membahayakan diri sendiri
Dosa tamak
tak terhitung...
Haa!1 lagi yg ada!
Err, bukan satu sebenarnya...
Titik2 peluh yang membusukkan badan
Oksigen yang terhutang pada jasad (asid laktik terkumpul)

Ish ish ish, apa nak jadi ni?

Plan-nya nak baling 1 batu pada 2 burung...
Batu baling tak sampai...
Lagi sia2, burung tak ada...

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Orang tamak memang selalu rugi

SEKIAN

2 comments:

  1. batu baling xkena, kena berak ngan burung lg ada. kekekekekeke...

    ReplyDelete
  2. haha...yg berak2 tu off record :D

    ReplyDelete