Tuesday, August 3, 2010

"Eh, tengok tu! Ada kapal terbang!..."

 

Tengahari semalam waktu kelas, tiba2 ada jet lalu. Kuat betul bunyi. Rasanya jet TUDM sebab kat Kuantan kan ada military base. Walaupun waktu tengah sangat2 fokus pada lecture, tapi bila ada bunyi jet je, perhatian saya sangat cenderung untuk beralih dan jenguk2 kepala over the tingkap utk cari jet tu.

Teringat pula waktu zaman hingusan dulu. Kalau waktu tengah main ke, tengok TV ke, even tengah makan pun, bila terdengar je bunyi aeroplane, mesti saya akan tinggalkan apa2 je yg sedang dibuat, dengan tak pakai selipar, saya akan terus keluar rumah & cari2 aeroplane tu sampai jumpa.

"Henn Henn, jumpa tak kapal terbang?"

"Taklah Hanih. Hamzah tak nampak pun. Cepatlah carik, Hanih. Bunyik dia dah nak hilang tu!..."

"Haa, tuuu! Tengok kat sana tu Hamzah! Nampak tak? Kapal terbang yg warna putih ada cat biru merah tu?"

"Haa, nampak! Nampak!...."

"Dahlah Henn. Kapal terbang tu dah jauhlah. Jom masuk rumah!"

"Tunggula dulu Hanih. Kita tengoklah sampai kapal terbang tu hilang."

"Oklah. Kita tengok sampai asap kapal terbang tu hilang jugak ye."

Indah sungguh bila dikenangkan zaman kanak2 dulu. Walaupun kita tak tahu apa2 waktu tu, tapi hakikatnya sifat 'tak tahu apa2' tu lah yg membuatkan kita sentiasa seronok & bahagia. Hidup waktu tu main je yg dikisahkan. Pergi mana2 mesti nak main. Penat Ummi Baba melayan kerenah kami adik-beradik.

Masa berlalu sangat pantas. Kadang2 rasa macam semalam saya masih belajar naik basikal tayar 4, macam semalam saya gaduh dgn adik2 pasal mainan keretapi Thomas & Friend, & macam semalam kena marah dengan Baba sebab lari tengok kapal terbang tak pakai selipar dulu.

Sekarang, bila umur dah 21 tahun ni, bila macam2 masalah & segala bentuk stress datang menduga, rasa macam nak balik semula pada zaman kanak2 dulu.

Hakikatnya, itu tak akan pernah terjadi. Hakikatnya, kita bergerak ke depan, bukan undur ke belakang, jadi nak tak nak, kita harus berfikiran matang, bertindak secara matang. Soon, bila kita umur 40 pula (kalau dipanjangkan umur, insyaAllah), cara berfikiran kita pun akan jadi lain. How we view our life akan jadi lain. 

Changing is Nature

Umur : Darjah 2

"Hanif, besar2 nanti Hanif jangan itu ini ye. Kalau tak, Hanif akan jadi itu ini..."

"Ok, Baba. Hanif ikut cakap Baba."

Macam itulah lebih kurang pesan2 dari Baba saya, ayah2 kita yang selalu ceritakan tentang apa yg akan jadi pada masa depan kita kalau kita melakukan sesuatu perkara yang mereka suruh elakkan. Tapi, walhal saya sentiasa ingat & tahu akan pesan Baba, tak dapat tak, ada juga antara yg dipesan, antara yg minta dielakkan, antara yg ditegah, saya terlakukan juga dalam sedang saya menambah umur dalam tiap2 hari kehidupan saya. Sedaya upaya kita cuba untuk tidak melakukan apa yang dipesan, sedaya upaya kita menjaga diri untuk tidak berubah (ke arah negatif), tapi ada jugak kita terbuat perkara2 negatif itu, ada jugak kita 'terubah'kan diri kita.

Bila saya kata 'Changing is Nature' tu, bukanlah maksud saya diri berubah ke arah negatif tu sebagai satu nature. Apa yg ingin saya sampaikan is mengalami perubahan itu adalah nature. Waktu kecik2 dulu saya selalu fikir yg diri kita ni tak akan berubah, tak sepatutnya mengalami perubahan, tak boleh mengalami perubahan. Kalau orang tu berubah, tak kiralah ke arah mana sekalipun, positif atau negatif, adalah buruk, kerana fikir saya pada masa tu, kita patut hanya menjadi kita. Sedangkan that's not really how it is kan? Yg betulnya, yg saya dah belajar, hidup ini bukanlah statik. Sebab bila hidup tu statik, tu maksudnya anda mati (Hatta lepas kematian, kita mengalami 'perubahan' kan?) Dalam hidup sentiasa ada perubahan. Itulah hidup. Kita tidak patut hanya menjadi diri kita. Memanglah we have indeed to be ourselves
Macam ni.
Let me put it this way :
Kita tidak patut hanya menjadi diri kita. Kita patut jadi macam semua orang dgn cara kita sendiri, dgn style kita sendiri, dgn jalan kita sendiri. (This is one of my principle)

Renungan

Bila direnung2 kan, semuanya telah diceritakan oleh Allah & Rasulullah dalam Al-Qur'an & Hadith, tentang pedihnya azab Jahannam, tentang indahnya Ma'wa & Firdaus. Tentang 'besar'nya Yaumul Ba'ath.

Kita baca Al-Qur'an.
Kita tahu tafsirnya.
Kita ada tadabbur Hadith.
Kita ada dengar dari ustaz2 & guru2 kita.

Tapi, mengapa ye?
Mengapa saya, mengapa kita, masih tak sedar diri, masih susah nak sedar diri, masih tak beranjak?...

5 comments:

  1. betul tu...masa kita kecik dulu, x pernah terfikir tentang masalah..indahnya masa lalu....

    ReplyDelete
  2. rindu time kecik2,time innocent giler....suka nk main n tgk cartoon je, tp skrng da besar....so kena brubh cikit...tp biar la ke arah yg baik...good job :)

    ReplyDelete
  3. masih belum terlambat utk kte sedaq...halaqah sntuhan qalbu td memang menusuk qalbu!

    ReplyDelete
  4. anep kte pn ske cari kapal terbang ngan helikopter. dari dulu smpai skrg!!!

    ReplyDelete
  5. kenapa kita yg buat perubahan tp ada orng lain x dapat terima?
    salahkah untuk kita bergaul dgn org lain?
    salahkah untuk kita mengalah dalam satu2 pergaduhan?
    kenapa masih ada yg x dapat terima perubahan diri ini?
    salahkah untuk kita menjadi seperti org lain supaya lebih baik?

    ReplyDelete