Tuesday, July 20, 2010

Yang Aku Selalu Lupa

Jam di dinding ku tengok tengok
Ah, sudah 3 pagi!
Lama sungguh ku menungkan
Masalah yang timbun timbun menimpa diri

Beratnya diri ku yang lemah untuk menghadapi
Walaupun air mata mahu jadi pengekspresi
Ku tahani demi menjaga hati. Semua.
Senyum yang tulus aku tetap gagahkan

Terus terus ku keluhkan
Betapa berseorangan aku dalam masalah yang dicipta oleh insan lain
Betapa tiada siapa2 yang boleh turut faham & merasa
Betapa tiada apa2 mampu dilaksanakan
Betapa tiada siapa2 mampu memuaskan
Betapa tiada siapa2 mampu memberi jawapan

Lantas aku diketukkan
Oleh ingatan Tuhan Yang Maha Penyayang pada setiap satu makhluqat ciptaan-Nya
Terlupa aku dengan apa yang semua insan turut sama selalu lupa

DIA kan ADA
DIA senantiasa ADA
Aku. Kita. Terlalu selalu begini
Mencari cari. Tercari cari.
Siapa yang boleh jadi teman.
Siapa yang boleh dengar.
Siapa yang boleh beri jawapan.
Dari insan2 yang sama punyai kelemahan.
Insan2 yang sama punyai masalah.
Padahal,
DIA yang selalu ADA
Tidak kita cari terlebih dahulu
Di manalah imanku Ya Allah...

Oleh itu wahai diriku
Ingatlah Allah
Sentiasa
Yang pertama kau rujuk dalam suka atau dukamu
Kerana DIA memang tahu segalanya. Semua.
Kerana dengan zikr mu padanya
DIA akan tenangkan hatimu walau sekocak mana gelora di hati
DIA. ALLAH.


3 comments:

  1. byk2 bersabar...keluhan tak selesaikan masalah...
    setiap org ada buat salah krn kelemahan diri sendiri. kita bukan seperti org lain. kelemahan diri org lain x sama dengan kita. belajar terima & redha atas apa yg terjadi. InsyaAllah semua selesai.

    ReplyDelete
  2. Dj:xde pe2la..lbey kpd diri aku sniri sbnaqnya..sama2la kita ye.. ;)
    adi:betul tu,mengeluh xbwk kita p mana2...tima kaseh for the piece of advice :)

    ReplyDelete