Sunday, July 4, 2010

Bila tayar tak ada angin...

Tersebutlah kisah ada lah 2 sahabat ni tengah naik motor Honda Wave hitam WSQ 4859. Sedang on the way dari kampus ke rumah sewa IM2, yg drebar pun cakaplah kat pemboncengnya.
"Weyh F, aku ingat nak singgah stesen minyak Petronas depan tu sat la. Ang ok x?"
"Ok je..."
"Haa, alang2 boleh isi angin tayar sekali. Orang semua tegur, nampak macam flat tyre..."
"Ang reti ke isi angin?"
"Hmm, bley kot. Ritu C ada ajaq aku..."
(FYI: Sebenarnya dua2 org tak reti isi angin tayar)
Tatkala sampai kat stesen minyak Petronas yg dimaksudkan tu, maka mereka pun isilah minyak motor, 3 ringgit. Dah selesai, mereka pun ke tempat yg ada pam angin tu utk isi angin tayar. Maka si drebar pun cubalah isi angin tayar tu.
"Eh eh, F, x bley pun isi.."
"Tula, angin lagi keluar adala.."
"Adoi, nak wat cmna ni?..."
Selepas tu, si F pula yg cuba isi angin tayar.
"Weyh, asal xbley ni?.."
"Tula, lagi banyak angin keluaq adala. Haa, dah kosong haa tayar ni..Adoi.."
Mereka pun terpinga pinga, tak tahu nak buat macam mana. Mereka pun tengok2lah orang yg isi tayar angin kereta Hyundai Sonata silver kat sebelah (pam angin 1 lagi).
"H, aku rasa pam ni rosak kot. Jom try sebelah.."
Jadi, bila orang sebelah dah selesai, mereka pun pindahlah ke sebelah & isi.
"Eh eh, F, xbley jugak laa.."
"Weyh, pelikla. Tadi pakcik Hyundai Sonata tu isi boleh je.."
"Tula.."
Asalnya nak isi angin tayar, sebab tak reti punya pasal last2 angin pulak yg keluar dari tayar. Asalnya nak isi tayar supaya tak pancit, sebab tak reti punya pasal last2 pancit pulak tayar. Nak terus balik dah tak boleh, tayar dah leper. Nak isi tayar, tak reti.
Sedang dua sahabat itu terkulat kulat, seorang pakcik atas motor Honda EX5 yg nak isi angin jugak yg dah lama memerhati turun dari motornya & menuju ke arah 2 sahabat itu.
"Kenapa ni?"
"Ni ha pakcik, xbley isi la angin. Xtaw la kenapa.."
"Xbley isi pakcik. Xtaw nak isi mcmmana.." (jujur betul, haha)
"Laa yeke. Kenapa xtanya? Malu tanya sesat jalan, dik. Kita org pantai timur kena selalu tanya. Pakcik mula2 datang sini pun malu jugak nak bertanya ni..."
Pakcik tu pun tolonglah isi angin tayar moto WSQ 4859 hitam tu. Sambil tu dia terus sembang lagi dgn 2 sahabat itu.
"Adik orang mana ni?"
"Saya orang Kedah.." (kantoi)
"Saya orang Johor.." (kantoi lagi)
"Oyeke. Sekolah mana ni?"
2 sahabat tu pun pandang each other. Pelik dgn soalan tu ( Nampak muda ke?)
"Err, kami budak U pakcik..UIA.."
"Umur berapa?"
"21 taun.."
"Laa, kamu ni dua2 orang terpelajar, masuk U, umur 21 pulak tu. Pakcik yg Diploma Pertanian pun taw nak isi angin tayar macam mana.."
2 sahabat tu pun sengih2, masing2 muka tebal & rasa malu yg amat. Kebetulan, ada orang2 lain datang ke 'tempat kejadian'. Pakcik tu pun dgn bestnya membisingkan pasal 2 sahabat tu kat orang2 lain.
2 sahabat itu pun cepat2 balik sambil menjerit jerit memaki diri sendiri sebab tersangatlah malu.
Pengajaran: Belajarlah cara isi angin tayar.

Sekian.


5 comments:

  1. naseb bek x suro isi angin kat tayar ketapi.

    ReplyDelete
  2. adeyh anep

    kami pn reti boh angen la
    hahaha~

    ReplyDelete
  3. wakakak..lawak2
    lagi 'buang angin' adela..=p

    ReplyDelete
  4. wakakaka klaka la anep. mak aku pn reti ha isi angin.

    ReplyDelete
  5. fil:haha..ketapi bkn tayaq besi ke..haha
    tiqah:haha..yeke..adoiii..maluuuuuunyaaaa!!!!haha.
    dj:tp xde bau taw,haha..
    farah:haha..nnT aku kna blajaq la,haha..

    ReplyDelete