Thursday, April 15, 2010

Dia datang...

Pejam celik, pejam celik, tinggal berapa hari je lagi nak professional exam. Lagi sebulan je lagi. Adoiii...

'Ketekeyan' tu jangan kata lah. Tiap2 masa pun saya tekey, haha. Jiwa kacau betul. Tiap2 masa asyik fikirkan pasal study je. Kalau nak fikir pasal benda lain pun jadi rasa bersalah.

Study macam biasa, mantain. Tapi, rasanya kena tambahkan masa study & kurangkan masa tidur & rehat. Sebabnya kalau asyik mantain slow je, memang tak sempat habis lah nak cover semua topik. Saya ingat lagi waktu zaman SPM dulu, memang tak pernah dapat tidur yang cukup. Memang tak pernah tidur sebab memang nak tidur. Biasanya, saya tertidur sebab tak sengaja tidur, penat sangat sampai tidur atas buku rujukan & nota2. Bila habis je SPM, rasa seronok sangat sebab boleh tidur dengan aman, haha.

Waktu tengah study sekarang ni, kadang2 ada juga terasa macam bosan & tension sebab banyak topik2 yang dah ulangkaji tapi dah lupa. Jadi, kena baca all over again. Bab2 nak membaca ni, saya memang agak lambat (nak kena belajar cara baca laju2). Nota yang saya tulis untuk lebih paham & ingat jangan kata lah, merata -rata tempat saya tulis.

Dalam kepala, rasa ada banyak sangat benda tapi tak organized. Bersepah sepah sana sini. Bila ada kawan2 tanya atau discuss, loading memang lambatlah, haha. Dengan Anatomy-nya, Biochemistry-nya, Oral Biology. Physiology,hu3.

Physiology-lah subjek yang saya paling lemah. Sampai sekarang tak pernah lagi dapat result yang memuaskan. Bila jawab exam rasa macam dah OK, tapi still dapat result yang sama.
Tak tahu dah apa yang nak dibuat, yang pasti saya tak akan putus harapan.

Tapi, takpe. Walaupun mula2 memang agak emo, tapi alhamdulillah, lepas tu teringat pulak ayat yang ustaz saya kat Al-Maad dulu selalu sebut2. Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, Allah ada berfirman:

Maksudnya lebih kurang macam ni lah, ujian dari Allah tu memang akan menjengah-duga kita dalam pelbagai bentuk, bila2 masa. Semua tu untuk uji keimanan & pertimbangan kita. Sungguhpun macam tu, Allah dah granted khabar gembira untuk orang2 yang sabar. So, do have faith in Him.

So, professional exam
dah nak datang. Saya mesti siapkan diri. Usaha mesti kena susulkan dengan doa & tawakal pada Dia Yang Maha Memberi. Usaha tanpa doa & tawakal ilaAllah hanya sia2 sebab kejayaan yang kita nak tu, yang jadi asbab kepada usaha kita tu, milik Allah. Tapi, kalau doa & tawakal je lebih, usaha tak ada, tu kerja orang yang tak malu je. Nak minta itu ini dengan Allah, tapi diri sendiri tak ada apa2 yang boleh di offer. Hmm, macam mana tu? Allah memang Maha Memberi tapi kalau tak buat apa2 & hanya berserah je tak boleh la kan?

Kawan2 & siapa2 yang baca ni, jomlah kita sama2 doa2kan untuk kejayaan kita dunia akhirat. ^_^

3 comments:

  1. hahaha...
    insaflah plak ak rse ble bce hg pnya blog ni anip..
    bru je rse nk tdo..

    ah x jdi nk tdo dh la ak..
    nk kne study nh..

    chaiyok2..

    p/s: moga2 dbrkati n drhmati usaha kta dlm mnuntut ilmu..
    semoga maju jaya...insya allah..

    ReplyDelete
  2. Salam bro.
    good luck eh for the pro.exam...
    semoga kite semua berjaya, life here and hereafter... InsyaAllah...

    your future junior: herie@dj-cfs

    ReplyDelete
  3. kwn aku la ye:yup..moga diberkati.amiin =D
    herie farish:wkumslm..tima kaseh 4 the wish..

    ReplyDelete