Sunday, January 17, 2010

Aku & Laut...

Desiran Ombak yang memukul pantai.Kicauan Unggas2 yang beterbangan.Lambaian Pohonan Palma yang memanggil-manggil. Hembusan Bayu yang mengasyikkan.Kawanan Kumulus yang terbentang luas hingga ke horizon.Langit Biru yang indah.
Semuanya membuatkan saya amat jatuh cinta pada Laut.Entah mengapa,Allah telah susun hidup saya untuk selalu stay dekat dengan laut.
Tempat2 dekat dengan laut yang saya selalu kunjungi:

Saya lahir & menghabiskan masa membesar di negeri California yang hanya bersebelahan dengan Lautan Pasifik.Masih teringat waktu saya & keluarga selalu ke San Francisco,main2 tepi pantai.

Keluarga Ayah saya (sebahagiannya) menetap di Sabak Bernam,Selangor yang juga berdekatan dengan Selat Melaka.Tambahan,Ayah Saudara saya ada bekerja sebagai nelayan part-time di waktu malam setelah masa siangnya dipenuhi dengan urusannya sebagai seorang guru.Selalu juga dia membawa pulang hasil tangkapan yang biasanya dijual dengan harga yang mahal2 di pasar. Pernah juga saya mengikuti Ayah ke laut.Bermacam-macam jenis makanan laut saya pernah makan termasuklah yang saya pun tak tahu apa namanya,haha.

Keluarga Ibu pula merupakan orang2 Port Dickson,Negeri Sembilan. Antara rumah2 yang berada sepanjang jalan dari Teluk Kemang hingga ke Port Dickson,ada rumah2 sanak saudara yang kebanyakannya berniaga.Memang selalu ke pantai sebab depan rumah saja.

Saya bersekolah menengah (Men. Ren.) di SMA Al-Maad,Arau yang tidak jauh dengan Kuala Perlis yang merupakan alternatif lain kepada orang2 yang hendak ke Langkawi selain menaiki feri di Kuala Kedah & Pulau Pinang.Selalu ke pantai bersama kawan2,tenangkan fikiran.

Bersekolah di MRSM Langkawi membuatkan saya bertambah dekat dengan laut. Hujung2 minggu saya selalu ke tebing,tengok laut,release tension & mostly,alone.Favourite spot ialah depan kedai gunting rambut dekat Pokok Asam, Kuah.

Dan sekarang,saya di IIUM Kuantan yang cukup well-known dengan Teluk Chempedak (TC) nya.Kalau nak mandi biasanya saya akan ke pantai TC.Kalau nak makan seafoods,saya selalu ke Tanjung Lumpur.Nanti,saya ingat nak ke Pantai Sepat pula.InsyaAllah saya akan stay di sini selama 5 tahun,jadi saya mesti explore habis2 Kuantan,haha.

Renungan: Waktu tengok buih2 ombak yang banyak,sedih pula kenang nasib ummah sekarang. Memang banyak yang Muslim,tapi tak ada 'isi'.SubhanAllah yang menciptakan suasana di tepi pantai itu mampu menenangkan fikiran kita yang selalu kusut & serabut.Kalau duduk2 tepi pantai & tengok horizon,sangat terasa betapa kerdilnya diri ini,Ya Rabbi...

4 comments:

  1. kira dh cukup syarat nk jadi anak laut nie..mgkin nnt leh wat bedar sukma bisu plak.

    ReplyDelete
  2. nice blog, so cm ne nk follow ni??? apsal xde pn ruang follower???

    ReplyDelete
  3. huhu... nak tambah..
    sek ren pun dekat pulau.. Pulau Nyior..
    hahaha~
    leh ganti novel cerpen Anak Laut nih

    ReplyDelete
  4. afif:hahaha...afif afif..ang ni kalo bab2 ni,mmg dewa la..haha

    shafiq:dh bley kn follow?? =D

    ihsan kecik:hahaha..kedah mmg cukup bnyk dgn nama2 tempat yg xmasuk akal..haha

    ReplyDelete